BTC USD 86,175.7 Gold USD 4,364.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Semakan Kelayakan Program Khas Peralihan CDL Kelas B

Ya. Semalam aku tak layak walhal lesen B2 semenjak 1990. Hari ni layak.
Dh cek semula? Kata nya dh dilonggarkan


Aku pun dh lulus,sebelum ni tak lulus
Screenshot_2024-10-03-06-25-00-483_com.jpj.jpj_info-edit.jpg
 
munkin jpj nak cari ahli syurga agaknya yg x pernah lewat renew lesen baru layak nk mohon lesen B...dah kene hentam baru bg layak haha
 
Jadi tak layak plak...
Main2 la Anthony loke ni.....
Den gi bilik gerakan dio kang...
Hahhqhq...
🤣🤣🤣
 
6334574852178035054_121.jpg


MOT akur, syarat mohon lesen B longgar serta-merta

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) bersetuju melonggarkan salah satu syarat kelayakan bagi Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 kepada kelas B selepas menerima pelbagai reaksi orang ramai.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya bersetuju supaya syarat memiliki Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 hanya perlu aktif dan mencukupi tempoh 10 tahun ke atas sahaja.

Berbanding sebelum ini, katanya, MOT menetapkan individu dikenakan syarat memegang LMM kelas B1 atau B2 secara aktif selama sekurang-kurangnya 10 tahun berturut-turut.

“Syarat itu dilonggarkan serta-merta dan orang ramai boleh membuat semakan semula di aplikasi MyJPJ. Namun, proses itu akan ambil masa disebabkan perubahan dalam sistem.

“Syarat itu dilonggarkan ekoran keluhan orang ramai yang mendakwa tidak layak menyertai program itu,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
 
Back
Top
Log in Register