BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semak cukai eksport MSM MSM

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Kluster Perladangan Felda Global Ventures Holdings Berhad, Abdul Halim Ahmad​

KUALA LUMPUR 29 Mac - Kerajaan perlu menyemak semula keperluan mengenakan cukai eksport minyak sawit mentah (MSM) sejak ditangguhkan Oktober lalu, memandangkan harga MSM sekarang berada di bawah paras RM2,250 satu tan metrik.

Timbalan Pengerusi Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA), Abdul Halim Ahmad berkata, keadaan itu secara tidak langsung akan memberi gambaran negatif terhadap pasaran sawit di negara ini dan berkemungkinan menyebabkan pembeli beralih ke pasaran Indonesia yang mengenakan cukai eksport sifar sejak tahun lepas.

Katanya, sekarang bukanlah waktu yang sesuai untuk mengenakan cukai eksport tersebut memandangkan harga MSM berlegar sekitar RM2,191 (sehingga 26 Mac 2015) dan industri sawit pula baru pulih selepas terjejas akibat tragedi banjir besar pada hujung 2014.

“Dalam keadaan harga yang lemah sepatutnya kerajaan perlu menilai balik beberapa perkara termasuk keperluan mengenakan semula cukai eksport ini.

“Ini kerana dalam keadaan sekarang, industri sawit sebenarnya memerlukan bantuan daripada kerajaan dalam apa bentuk sekalipun,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Mulai April ini, cukai eksport MSM akan dinaikkan kepada 4.5 peratus setelah kerajaan mengecualikan cukai tersebut pada Oktober 2014 hingga Disember 2014 dan kemudian melanjutkan tempoh itu sehingga akhir Februari 2015 untuk melonjakkan eksport MSM dan mengurangkan inventori.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menerusi satu pekeliling yang disiarkan di laman web Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkata, paras harga yang diunjurkan pada April adalah antara RM2,250 dan RM2,400 setan metrik.

Menurut MPOB, pihak JKDM akan menaikkan lagi cukai berkenaan jika harga rujukan bagi eksport itu melebihi RM2,250 setan metrik. Buat masa ini, harga rujukan itu adalah RM2,288.41 setan metrik.

Regim percukaian duti eksport MSM baharu yang diperkenalkan pada Januari 2013, tidak berubah sejak 1970.

Abdul Halim yang juga Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Kluster Perladangan Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) berkata, industri sawit negara belum ditakrifkan sebagai ‘tenat’ kerana pengeluaran masih berjalan dengan aktif walaupun harga MSM menunjukkan trend penurunan dan berada di bawah RM2,200.

Ditanya kemungkinan harga MSM boleh mencecah di bawah paras RM2,000, katanya, keadaan itu pernah berlaku suatu ketika dulu.

“Cuma dalam keadaan sekarang, kita berharap ia tidak berlaku. Tetapi jika dilihat pada faktor-faktor lain terutama harga minyak mentah dunia yang menurun 50 peratus daripada AS$100 (RM367.94) setong, tidak mustahil perkara ini juga boleh berlaku ke atas industri sawit jika tiada sebarang inisiatif dilaksanakan bagi mengatasi keadaan ini,” jelasnya.
 
Back
Top
Log in Register