BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seludup bayi untuk RM210

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila seorang lelaki Indonesia diberkas polis republik berkenaan apabila dikesan cuba menjalankan kegiatan penyeludupan bayi ke Malaysia dengan upah hanya Rp600,000 (RM210), awal bulan ini.

Difahamkan sindiket berkenaan yang didalangi beberapa wanita Indonesia cuba menjual bayi terbabit kepada pelanggan di kalangan penduduk di Sarawak.

Sumber Polis Bukit Aman berkata, dalam kejadian itu polis Indonesia di kawasan Jagoi Babang di Bekawang, Kalimantan, mematahkan cubaan menyeludup ke negara ini.

Difahamkan polis negara itu pada mulanya menerima SMS memberitahu ada pihak tertentu merancang menyeludup bayi ke Malaysia.

Maklumat sms itu turut mendakwa sindiket terbabit menyembunyikan bayi berkenaan di kawasan perumahan di Seluas.

Hasil maklumat diterima, polis menyerbu sebuah rumah di kawasan Seluas, Bengkayang jam 8 malam sebelum memberkas seorang ‘lelaki suruhan’ berusia 35 tahun.

Turut ditemui seorang bayi lelaki yang baru berusia sebulan. Siasatan mendapati suspek penduduk kampung Seluas dan bekerja sebagai peniaga kecil-kecilan.

Dia sering berulang-alik dan masuk ke Sarawak untuk menjalankan perniagaannya itu selain mendapatkan bekalan bahan mentah.

Siasatan polis mendapati bayi berkenaan cuba untuk diseludup penjenayah ke daerah Sarikei, Sarawak, melalui Jagoi Babang.

Hasil soal siasat polis kemudian memberkas seorang lagi wanita bernama As sebelum ini dikesan menyimpan bayi terbabit sebelum diserahkan kepada peniaga berkenaan.

Peniaga berkenaan ditahan mendakwa langsung tidak mengetahui mengenai kegiatan penyeludupan bayi itu sebalik mendakwa menerima panggilan telefon daripada kakak iparnya yang mengarahkannya mengambil bayi terbabit dari As.

Difahamkan peniaga berkenaan diminta membawa bayi terbabit di Malaysia sebelum menyerahkannya kepada pihak ketiga didakwa ibu bayi terbabit di Sarikei, Sarawak.

Lelaki berkenaan bersetuju permintaan kakak iparnya itu menerima wang upah Rupiah 600,000 (RM210) bagi menjalankan tugas membawa bayi terbabit melepasi sempadan.

Berikutan itu, lelaki terbabit kini ditahan di Balai Polis Pontianak, Kalimantan.

Bagaimanapun pihak polis negara jiran itu masih melakukan siasatan bagi mengenal pasti tiga dalang sebenar di sebalik cubaan menyeludup bayi berkenaan.

Kes penyeludupan bayi berkenaan menggusarkan pihak berkuasa selepas seorang wanita tempatan dipercayai menjadi dalang sindiket penyeludupan bayi dari Thailand ke negara ini untuk dijual kepada pasangan tiada anak.

Laporan akhbar 24 Ogos lalu menyiarkan kegiatan wanita dikenali sebagai `Mrs Andy’ itu membawa masuk bayi yang dibeli daripada rakan sindiketnya di negara terbabit, yang menjadikan keluarga miskin sebagai sasaran utama.

Kegiatan itu terbongkar selepas seorang wanita Thailand ditahan polis negara itu ketika dalam perjalanan ke kawasan sempadan di Wilayah Songkhla, Jumaat lalu bersama seorang bayi baru lahir dipercayai diserahkan kepada ‘Mrs Andy’.

Turut ditahan, ibu bayi berkenaan seorang wanita Myanmar mengaku menerima bayaran kira-kira RM5,000 untuk menyerahkan bayinya kepada sindiket terbabit.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata pihak polis memandang serius kegiatan itu kerana ia menjadi satu kesalahan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (ATIP 2007).
 
bole bukak kedai kat cg nih..hehehehe
 
Back
Top
Log in Register