BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selepas Singlet Hitam.. Raging Utara pula...

tangkisan

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
7,998
Joined
Dec 12, 2010
Messages
7,998
Reaction score
415
Points
81
Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan kes buli "Singlet Hitam" yang dikatakan dari sekolah asrama di utara,kini satu video buli yang terbaru telah dimuat naik di laman Youtube.

Menurut dari video yang berdurasi selama lebih 6 minit itu, seorang budak lelaki dibuli oleh beberapa orang lelaki di dalam sebuah bilik yang dipercayai asrama. Mangsa buli itu di pukul menggunakan tangan dan kaki dan berkali-kali menangis dan menjerit kesakitan tetapi tidak diendahkan oleh kumpulan pemukul berkenaan.

Dilihat juga kumpulan pemukul ini bersuka ria memukul mangsa buli berkenaan dengan berjoget-joget sambil mendengar lagu.

Tidak dapat dipastikan dimana perbuatan buli ini berlaku. Tetapi dengan muka mangsa dan pemukul jelas kelihatan di dalam video tersebut, pihak herkuasa pasti dapat menyelesaikan kes ini.

Rasanya banyak lagi sebenarnya kes-kes buli yang berlaku dalam asrama sekarang ni, tetapi tidak didedahkan sahaja.

Mungkin pemantauan dari pihak sekolah perlu diperketatkan supaya kes-kes seumpama ini tidak berlaku lagi


http://www.youtube.com/watch?v=A90Ef0zdgDQ#t=181
 
Aku bideo2 macam nie tak boleh nak tengok habis, cepat jer darah nie memdidih..
 
haishh.. apa nak jadi la... kalo jd kat anak aku mangsa buli.. mmg bapak dgn anak kene terajang gaban la...
 
jom hantar anak kite belajar seni mempertahankan diri... :)
 
sian budak tu ...dah ler kecik jerk...
 
Asrama kena ader pondok pulis. Budak yg membuli harus di ambil tindakan tegas seperti di hantar ke Sekolah Henry Gurney. Tak bole kompromi. Ibu bapa yg menghantar anak anak ke asrama harus memantau anak anak selalu.

Pihak asrama .......... tak bolih di harap!!!!!!!
 
badan kecik dan tak pandai mengampu mmg naya la.
 
Back
Top
Log in Register