BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selepas Ini Proses Naik Taraf Ke Windows 11 Perlukan Capaian Internet

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661
Screenshot-2021-06-25-at-12.17.40-AM.jpg





Windows 11 sudah pun mula ditawarkan untuk semua komputer yang menyokong versi terbaru sistem komputer sejak lebih 6 bulan lalu.

Walaupun dalam spesifikasi Windows 11 ada menyatakan pengguna perlukan capaian internet untuk proses pemasangan sistem itu, tetapi ia tidak terpakai untuk semua edisi Windows 11.

Buat masa ini, hanya Windows 11 edisi Home sahaja yang memerlukan pengguna menyambungkan komputer atau peranti mereka ke capaian internet bagi melengkapkan proses pemasangan Windows 11.

Tetapi kini Microsoft sudah mula menetapkan keperluan capaian internet bagi melengkapkan proses pemasangan Windows 11 edisi Pro pada komputer yang menggunakannya.

Untuk itu juga, pengguna perlu log masuk ke dalam akaun Microsoft mereka.

Perubahan ini dimaklumkan menerusi Windows 11 preview build.



Screenshot-2022-02-20-at-8.47.54-PM.png
Kapsyen: Kredit: Windows Insider Blog
 
Back
Top
Log in Register