BTC USD 83,693.4 Gold USD 4,121.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selawat Tafrijiyah

ala..jgnla kita bertengkar pasal selawat ni..tgk kenyataan emjay ni terlalu umumla, penerangan yg tidak mendalam dari segi hujjah2 hadisnya..

ni saya amik dari hujjah website dia
"Sedangkan kami ahlisunnahwaljamaah beriktikad bahawa Nabi SAW sudah wafat dan adalah mustahil baginda boleh kembali ke dunia dan memberi manfaat kepada mereka yang menggunakan doa ini tanpa mengamalkan sunnahnya."

Ni antara hadis shahih yg boleh digunakan hujjah utk balas kenyataan dia tu;
Sabda Nabi s.a.w: “Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu
itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada.“ (Hadis Riwayat Abu Daud)

Sabda Nabi s.a.w : “ Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah menerima ruhku sehingga aku menjawab salam kepadanya.“ (Hadis Riwayat Abu Daud)

kita sebagai umat nabi muhammad berharap mendapat syafaatnya bila diakhirat kelak. Bayangkan kita yg tak dpt jumpe rasulullah, bagaimana kita nak dpt syafaat dia? kita hanya akan mendapat syafaat dia bila kita mengingati dia (selawat) dan mengamalkan sunnah2nya serta mengamalkan amal makhruf nahi mungkar..

Ingat Nabi Muhammad tu martabat dia bukan mcm kita. dia adalah kekasih Allah. Dia dah wafat lebih 1400 tapi hakikatnya ruh dia masih ada. Ingat selawat kita kepada dia adalah "wasilah" atau dari kata lain perantaraan kita dgn Allah dalam mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah serta mendapat syafaat (pertolongan)dari Nabi Muhammad diakhirat kelak.

rasenye dia ni ust yg berfahaman wahabi..takpela, biarkan dia dgn iktikad dia..kita teruskan selawat moga2 mendapat syafaatnya dan rahmat dari Allah.

saya bukan ustaz.. tapi nak menegakkan kebenaran berselawat

yes... aku bersetuju dgn sdr wiraZ
 
Salam kepada smua...

Sebenarnya saya ade sedikit kemushkilan mengenai Selawat Tafrijiyah ini. Terus terang sy katakn bhwa sy baru tahu tentang selawat ini.
So sy google la ckit2... Sekali terjumpa website ni:

http://emjayjb.multiply.com/journal/item/126

Boleh ahli2 ugama lam CG nih bg komen pasal ni x?

salam..

selawat yang mulia dan agung ini juga dinamakn selawat al taziyyah.. kerana di nisbahkan kepada Syeikh Abdulk Wahhhab Al Tazi ( R.A ) guru kepada al imam as sayyid ahmad bin idris.. ( Khalifah Agung Tariqat Ahmadiah )..

selawat ini juga di amalkan oleh ahli2 tariq .. Tariqah Tijani.. dengan membaca nya sebanyak 1000x selepas asar hari jumaat hingga tenggelam matahari...

terlalu banyak sir atau rahsianya.. saya teringat pesan seorang syeikh.. nama dia kalau x silap syeikh soleh sik.. masih ada di kedah.. banyak dengan ilmu hikmah.. amalkan selawat ini 10x tiap2 kali lepas solat.. insyaAllah banyak rahsia terungkap....
 
hanya org2 yg jauh dari rahmat ALLAH dan tidak cintakan Nabi utusan ALLAH sahaja yg mengatakan salawat tafrijiyah ini bid'ah... krn org2 ini berjumpa RasuluLLah (dlm ruhaniyah) pun tak pernah, so nak kata apa lagi?

selain dari salawat tafrijiyah aku ada amik salawat bani hasyim secara bersanad lagi... sapa2 yg teringin p.m je aku

Bro pm aku salawat bani Hashim.

Tentang selawat tafrijjah sendiri amal sendiri rasa la.
 
Back
Top
Log in Register