ala..jgnla kita bertengkar pasal selawat ni..tgk kenyataan emjay ni terlalu umumla, penerangan yg tidak mendalam dari segi hujjah2 hadisnya..
ni saya amik dari hujjah website dia
"Sedangkan kami ahlisunnahwaljamaah beriktikad bahawa Nabi SAW sudah wafat dan adalah mustahil baginda boleh kembali ke dunia dan memberi manfaat kepada mereka yang menggunakan doa ini tanpa mengamalkan sunnahnya."
Ni antara hadis shahih yg boleh digunakan hujjah utk balas kenyataan dia tu;
Sabda Nabi s.a.w: “Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu
itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada.“ (Hadis Riwayat Abu Daud)
Sabda Nabi s.a.w : “ Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah menerima ruhku sehingga aku menjawab salam kepadanya.“ (Hadis Riwayat Abu Daud)
kita sebagai umat nabi muhammad berharap mendapat syafaatnya bila diakhirat kelak. Bayangkan kita yg tak dpt jumpe rasulullah, bagaimana kita nak dpt syafaat dia? kita hanya akan mendapat syafaat dia bila kita mengingati dia (selawat) dan mengamalkan sunnah2nya serta mengamalkan amal makhruf nahi mungkar..
Ingat Nabi Muhammad tu martabat dia bukan mcm kita. dia adalah kekasih Allah. Dia dah wafat lebih 1400 tapi hakikatnya ruh dia masih ada. Ingat selawat kita kepada dia adalah "wasilah" atau dari kata lain perantaraan kita dgn Allah dalam mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah serta mendapat syafaat (pertolongan)dari Nabi Muhammad diakhirat kelak.
rasenye dia ni ust yg berfahaman wahabi..takpela, biarkan dia dgn iktikad dia..kita teruskan selawat moga2 mendapat syafaatnya dan rahmat dari Allah.
saya bukan ustaz.. tapi nak menegakkan kebenaran berselawat