ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Jurulatih Selangor, Irfan Bakti
JURULATIH Selangor, Irfan Bakti Abu Salim menganggap hanya kemenangan ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Shah Alam malam esok mampu menghidupkan peluang skuad kendaliannya memburu tempat kedua atau ketiga saingan Liga Super musim ini.
Menurut Irfan Bakti, kemenangan ke atas ATM dapat memberikan suntikan moral terbaik buat anak-anak buahnya dalam misi mereka mengutip 12 mata maksimum pada baki empat perlawanan terakhir liga.
“Bagi saya, perlawanan dengan ATM adalah ‘turning point’ dan kami perlu meraih tiga mata penuh jika mahu mencapai sasaran tempat kedua atau ketiga liga. Untuk menjadi juara, memang tampak agak sukar buat Selangor.
“Jadi saya tak mahu tercicir mata lagi. Cukuplah sembilan seri sepanjang musim ini dan saya berharap pemain akan berkerja lebih kuat kerana pertemuan menentang ATM satu aksi yang sengit,” kata Irfan Bakti kepada Sinar Harian Online, hari ini.
ATM kini di tangga ketiga dengan 33 mata manakala Selangor keempat dengan 30 mata - di belakang pendahulu, Lions XII (38) dan Johor Darul Takzim (JDT) (34).
Begitu pun, Irfan Bakti tetap berpesan kepada anak buahnya agar berhati-hati dengan corak permainan yang dipamerkan oleh anak buah B.Sathianathan agar misi untuk mencuri tiga mata di halaman sendiri tidak akan tercicir.
“ATM satu pasukan yang kuat, mereka juga memiliki pemain yang hebat, tapi itu tidak menggentarkan saya dan saya telah memberitahu kepada para pemain supaya fokus kepada cara permainan sendiri.
“Cuma kita perlu berhati-hati kerana kali terakhir Selangor tewas dalam liga ialah 2-0 kepada ATM di Paroi 19 Februari lalu,” ujarnya.
Pada masa sama, Irfan Bakti berkata, beliau tidak gusar meskipun tidak dapat menurunkan kesebelasan terbaik apabila tonggak import dari Liberia, Francis Forkey Doe digantung satu perlawanan manakala Bunyamin pula terpaksa diketepikan akibat kecederaan panjang.
“Selangor bukanlah sebuah pasukan yang bergantung kepada segelintir pemain semata-mata sebaliknya kekuatan The Red Giants terbina daripada semangat berpasukan yang tinggi.
"Tanpa mereka yang tidak dapat diturunkan, saya masih ada pilihan lain dan semestinya harapan merobek gawang disandarkan kepada pemain tempatan yang diketuai Mohd Amri Yahyah,” jelas beliau.