kalau
CG Top Poster Club

- Messages
- 48,563
Paid Membership
- Joined
- Mar 4, 2008
- Messages
- 48,563
- Reaction score
- 127
- Points
- 123
SHAH ALAM, 2 Sept (Bernama) -- Kerajaan Selangor pada Rabu mengumumkan kadar sewa projek perumahan rakyat (PPR) diturunkan dari RM250 sebulan kepada RM124 kepada mereka yang berpendapatan kurang RM1,500 tanpa mengira bilangan anggota keluarga.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Iskandar Abdul Samad berkata sebelum ini pengurangan kadar sewa itu hanya untuk mereka yang berpendapatan kurang RM1,500 dan mempunyai lima orang anggota keluarga.
"Setelah perbincangan diadakan dalam mesyuarat, kita bersetuju kurangkan kadar sewa itu tanpa mengira isi keluarga seperti yang diumumkan pada November tahun lepas," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.
Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri juga bersedia mempertimbangkan rayuan mereka yang berpendapatan lebih RM1,500 untuk kadar sewa RM124 sebulan, mengikut tiga kategori.
Beliau berkata mereka yang layak ialah mempunyai empat hingga tujuh anak dan berpendapatan bulanan kurang dari RM2,100, mempunyai lapan hingga 10 orang anak (pendapatan bulanan kurang RM2,550) dan mempunyai 11 hingga 15 orang anak (pendapatan bulanan kurang RM3,300).
"Permohonan untuk menurunkan kadar sewa itu boleh diproses di peringkat pihak berkuasa tempatan," katanya.
-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=437593