thereds
Super Active Member
- Messages
- 5,329
- Joined
- Dec 22, 2006
- Messages
- 5,329
- Reaction score
- 3
- Points
- 65
SHAH ALAM – Selangor meneroka dimensi baru dalam arena bola sepak tempatan apabila menjadi negeri pertama bakal menggunakan khidmat ketua pegawai eksekutif (CEO) untuk mengendalikan pasukan itu dalam saingan liga tempatan, lapor KHALID SAAD dan ROZILAN SALLEH.
Presiden baru, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bola sepak masa kini tidak akan lagi mengendalikan organisasi mereka secara sukarela.
‘‘FAS sedang mencari seorang pengurus yang bertindak selaku Ketua Pegawai Eksekutif untuk mengendalikan pasukan bola sepak Selangor.
‘‘Saya mahu para pemain bersikap lebih profesional dan mengadakan latihan secukupnya,” kata beliau selepas perjumpaan pertama dengan jurulatih dan para pemain Selangor di kediaman rasminya di sini, semalam.
Beliau yang menggantikan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo sebaik dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selaras dengan Perlembagaan FAS berkata, perjumpaan itu bertujuan untuk menerangkan kepada mereka bahawa kerajaan Selangor sentiasa memberikan sokongan kepada pertumbuhan bola sepak.
‘‘Kita menganggap pemain Selangor adalah aset bagi negeri di mana mereka dilatih untuk membawa kemajuan bola sepak negeri ini,” katanya.
Menurut Abdul Khalid, CEO itu bertanggungjawab dalam segala hal termasuk mencari jurulatih selain mengutamakan perhubungan awam serta mampu memikirkan strategi masa depan bola sepak Selangor.
‘‘Kita mahu menjadikan FAS sebagai satu unit korporat. Mereka yang terlibat perlu bersedia melakukan perubahan minda supaya pasukan ini dapat mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak negara seperti era Ghani Minhat dan Mokhtar Dahari yang berjaya mengharumkan nama negara.
‘‘Saya berharap dengan cara ini, ia akan membuka satu dimensi baru kepada pembangunan bola sepak Selangor dan negara,” katanya.
FAS akan mengiklankan jawatan CEO itu bagi melihat maklum balas yang diterima daripada orang ramai.
Menurut beliau, kerajaan negeri berharap, FAS dapat membawa kemajuan bola sepak tempatan bukan sahaja kepada Selangor bahkan Malaysia dengan anjakan baru dalam pemikiran pengurusan bola sepak.
‘‘Saya berterima kasih kepada penyokong dan peminat yang secara sukarela menyokong kita selama ini sehingga bola sepak menjadi punca kewangan persatuan.
“Apa pun, Selangor tidak akan beri tiket percuma sebab dari segi ekonomi, Selangor patut membawa kemenangan kepada kita,” katanya.