BTC USD 84,064.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Selangor FC rehatkan Kinoshi

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,861
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,861
Reaction score
98
Points
80
3286745.webp

Katsuhito Kinoshi

SELANGOR FC mengumumkan bahawa pengendali pasukan itu, Katsuhito Kinoshi direhatkan daripada tugasan bersama pasukan utama berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi kelab pada Khamis yang turut merakamkan penghargaan kepada pengendali dari Jepun itu atas segala usaha, sumbangan dan komitmen sepanjang tempoh perkhidmatannya.

"Pihak kelab ingin merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada beliau atas segala sumbangan, usaha dan komitmen beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya bersama Selangor FC,” kata kenyataan tersebut.

Sebagai langkah sementara, tanggungjawab ketua jurulatih kini digalas oleh Christophe Gamel secara interim sementara proses pelantikan jurulatih baharu dilakukan.

Untuk rekod, Kinoshi dilantik sebagai pengendali skuad Gergasi Merah pada 25 November tahun lalu dan berjaya membantu pasukan menjuarai Piala Cabaran musim lalu.

Musim ini menyaksikan beliau membawa Selangor mencatatkan lima kemenangan, satu seri dan empat kekalahan dalam semua kejohanan musim ini.
 
Back
Top
Log in Register