BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selangor Cyber Games 2020 - Online Tournament

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Mengumumkan Selangor Cyber Games 2020 Online Tournament - Piala Duduk Rumah!

Pejabat Menteri Besar Selangor melalui Menteri Besar Incorporated (MBI) dan IO Esports dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor sekali lagi akan menganjurkan acara tahunan Selangor Cyber Games bagi tahun 2020. Sebanyak RM40,000 hadiah tunai secara keseluruhan untuk tournament ini!

Pendaftaran telah dibuka dan terhad. Daftar Sekarang!

- PUBG MOBILE: https://www.selangorcybergames.net/pubgmobile
- MLBB: https://www.selangorcybergames.net/mlbb

Nota;
  • Tujuan tournament ini adalah untuk mengalakkan kita semua untuk duduk di rumah semasa PKP ini. Pada masa yang sama, yuran penyertaan yang dikumpul akan didermakan ke Tabung COVID-19.
  • Sekiranya anda hendak menderma lebih daripada yuran pendaftaran, ia adalah dialu-alukan.
  • Yuran Penyertaan adalah minimum RM10 dan akan didermakan ke Tabung COVID-19
  • Hanya 512 slot sahaja untuk setiap game. Kumpulkan team anda sekarang!
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.selangorcybergames.net

1.jpg

2.jpg

3.jpg
 
den kasi anak main cybergame dgn syarat;
- waktu solat wajib brenti main & poie solat
- buat kerja2 rumah sblm main game
- jam 1130pm kasi semua henfon gejet kat aku utk simpan

klu nak langgar perintah bapak, boleh keluar dari rumah & carik makan sendiri

budak2 ni merayu nak masuk tournament game jam 2am-3am worldwide punya event. aku tak bagi sbb nanti habih smua tak bangun subuh
 
bapak tak masuk sekali ker? sedang2 cuti ni
 
SGC 2020 Kutip RM36,488 Buat Tabung Covid-19 Selangor

17.04.2020 - Shah Alam, Penganjuran Kejohanan Permainan Siber Selangor (SCG) 2020 berjaya mengutip RM36,488 buat Tabung Covid-19 negeri ini, kata Dato’ Menteri Besar Selangor.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata dana berkenaan dikumpul melalui yuran penyertaan dan sumbangan dalam talian sepanjang SCG 2020 berlangsung.

“Kerajaan Selangor menyambut baik sumbangan dan derma yang diberikan peminat e-sukan bagi sama-sama membantu menangani Covid-19,” kata beliau pada sidang media di kediaman Dato’ Menteri Besar di sini hari ini.

Menurut Amirudin, SGC yang dianjurkan sejak 2014 terus mendapat sokongan peminat e-sukan terutamanya golongan muda.

“Kita harap SGC akan terus menjadi penggerak pembangunan industri e-sukan di negara ini,” katanya.

Sebanyak 4,255 peserta menyertai SGC 2020 yang berlangsung 8 dan 9 April lalu dengan 512 pasukan mengambil bahagian dalam acara PUBG Mobile manakala 339 pasukan lagi menyertai acara Mobile Lagend: Bang Bang (MLBB).

Pasukan NED Brotherhood memenangi kategori PUBG Mobile manakala MLBB dimenangi pasukan Team Bosskurr.

edit-Piala-duduk-rumah.jpg

Berita asal https://selangorkini.my/2020/04/sgc-2020-kutip-rm36488-buat-tabung-covid-19-selangor/
 
Mengumumkan Selangor Cyber Games 2020 Online Tournament - Piala Duduk Rumah!

Pejabat Menteri Besar Selangor melalui Menteri Besar Incorporated (MBI) dan IO Esports dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor sekali lagi akan menganjurkan acara tahunan Selangor Cyber Games bagi tahun 2020. Sebanyak RM40,000 hadiah tunai secara keseluruhan untuk tournament ini!

Pendaftaran telah dibuka dan terhad. Daftar Sekarang!

- PUBG MOBILE: https://www.selangorcybergames.net/pubgmobile
- MLBB: https://www.selangorcybergames.net/mlbb

Nota;
  • Tujuan tournament ini adalah untuk mengalakkan kita semua untuk duduk di rumah semasa PKP ini. Pada masa yang sama, yuran penyertaan yang dikumpul akan didermakan ke Tabung COVID-19.
  • Sekiranya anda hendak menderma lebih daripada yuran pendaftaran, ia adalah dialu-alukan.
  • Yuran Penyertaan adalah minimum RM10 dan akan didermakan ke Tabung COVID-19
  • Hanya 512 slot sahaja untuk setiap game. Kumpulkan team anda sekarang!
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.selangorcybergames.net

1.jpg

2.jpg

3.jpg
teringat dulu pergi World Cyber Games malaysia dekat midvalley tahun 2007 ke 2008. syok gila
 
Back
Top
Log in Register