SELANGOR AKAN BANKRAP?
Tak lama lagi Selangor akan bankrap.
Ini bukan kita kata atau depa kata, tapi mantan MB Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang kata.
Khir berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kad E-Amal U-Pay Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat Malaysia (Yayasan Bakti) di Ampang.
Bukan itu saja, Khir malah mendedahkan bermacam-macam kepincangan yang berlaku di Selangor sejak diperintah oleh pakatan rakyat. Antaranya ialah lebih 4,000 tempat judi, hiburan dan spa yang beroperasi secara haram sejak pakatan pembangkang memerintah negeri itu.
‘‘Saya yakin kewujudan banyak pusat seperti ini di Selangor kerana ada ahli politik bertindak sebagai pelindung kepada kumpulan-kumpulan kongsi gelap memandangkan semasa kerajaan Barisan Nasional (BN), lesen untuk pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700.
‘‘Secara rasmi memang lesen pusat-pusat tersebut tidak dikeluarkan lagi tetapi kalau kita lihat pusat judi, hiburan dan spa tumbuh macam cendawan di Selangor, saya percaya kesemuanya dibuka secara haram.”
Khir juga mendakwa kumpulan kongsi gelap turut berada di sebalik perniagaan melombong pasir.
‘‘Mengikut kerajaan pakatan pembangkang, hasil daripada melombong pasir adalah sebanyak RM200 juta setahun tetapi setelah lebih setahun memerintah, pendapatan perlombongan pasir hanya RM4 juta.
‘‘Kalau kita lihat banyak laporan kecurian pasir seperti di Semenyih, tetapi saya yakin ia bukan dicuri sebaliknya terdapat dalang yang melindungi kegiatan kumpulan-kumpulan kongsi gelap ini,” dakwanya.
Beliau menambah, Selangor tidak lama lagi akan menjadi negeri bankrap kerana pendapatan kerajaan negeri merosot sebanyak RM200 juta setahun.
LINK
>>>>>>
=========================================================
tu la, negeri asal maju, tp bila jatuh ke tgn org yg tak pandai urus negeri, dok telan selagi boleh, seleweng selagi nak, mmg bangkrap la.
hasil RM 200 juta, yg isytihar RM 4 juta... lagi RM 196 juta pi mana??? :-?:-?:-?:-?
tunggu & lihat je la....