BTC USD 83,379.9 Gold USD 4,139.51
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selangkah menuju Kiamat Besar

ajakio85

Active+ Member
Messages
2,868
Joined
Feb 1, 2008
Messages
2,868
Reaction score
183
Points
38
assalamualaikum wahai para forumer cg dan pembaca yg dihormati sekalian... topik yg saya akan utarakan ini adalah untuk peringatan, pedoman dalam menempuh perjalanan ke akhir zaman.

a087-b3b56281a51d0f92db51ca86909f9243.png


maksudnya :

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Dia. Sesungguhnya Ia akan
menghimpunkan kamu pada hari kiamat, (hari)
yang tidak ada syak padanya. Dan siapakah pula
yang lebih benar perkataannya daripada Allah?
( An-Nisaa' 4:87 )

perbincangan adalah terbuka dan diharap janganlah ada pihak yg membincangkan off topic.
 
Budaya Barat Ikutan Umat Islam Kini

Daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a. Beliau
berkata, bahawasanya Rasulullah SAW
bersabda “Kamu akan mengikut jejak
langkah umat-umat sebelum kamu,
sejengkal demi sejengkal, sehasta demi
sehasta, sehingga jikalau mereka masuk
ke lubang biawak sekalipun kamu akan
mengikut mereka" Sahabat bertanya "Ya
Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani
yang Tuan maksudkan?" Nabi SAW
menjawab "Siapa lagi?"

(HR Muslim)
 
Ulama Tidak Dipedulikan

Daripada Sahl bin Saad as-Sa 'idi r.a.
Beliau berkata, Rasulullah SAW
bersabda "Ya Allah! Janganlah Engkau
menemukan daku dan mudah-mudahan
kamu juga tidak bertemu dengan suatu
zaman di mana para ulama sudah tidak
diikuti lagi, dan orang yang penyantun
sudah tidak dihiraukan lagi. Hati mereka
seperti hati orang Ajam, lidah mereka
seperti lidah orang Arab"

(HR Ahmad)
 
Ulama Agama Semakin Berkurang

Daripada Abdullah bin Amr bin 'Ash r.a.
Beliau berkata, aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda "Bahawasanya
Allah SWT tidak akan mencabut
(menghilangkan) ilmu dengan sekali gus
daripada manusia. Tetapi Allah SWT
menghilangkan ilmu agama dengan
mematikan para ulama. Apabila telah
ditiadakan para ulama, orang ramai
akan memilih orang-orang jahil sebagai
pemimpinnya. Apabila pemimpin yang
jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa
tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat
dan menyesatkan orang lain"

(HR Muslim)
 
Golongan Anti Hadis

Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a.
Beliau berkata, bahawasanya Rasulullah
SAW bersabda "Hampir tiba suatu
zaman di mana seorang lelaki yang
sedang duduk bersandar di atas kursi
kemegahannya, lalu disampaikan
kepadanya sebuah hadis dari hadisku
maka dia berkata "Pegangan kami dan
kamu hanyalah kitab Allah sahaja. Apa
yang dihalalkan oleh Al-Quran kami
halalkan. Dan apa yang ia haramkan
kami haramkan" (Kemudian Nabi SAW
melanjutkan sabdanya) "Padahal apa
yang diharamkan Rasulullah SAW itu
samalah hukumnya dengan apa yang
diharamkan Allah SWT"

(HR Abu Daud dan Ibnu Majah)
 
patut letak petanda2 kiamat kecil dan besar dan apa yang sedang dan telah berlaku TT...hanya cadangan...
 
Berbangga-Bangga Dengan Masjid

Daripada Anas bin Malik r.a.
Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda
"Tidak terjadi hari Kiamat sehingga
umatku bermegah-megah dengan
bangunan masjid"

(HR Abu Daud)
 
Tak Ada Imam Untuk Solat Berjemaah

Daripada Salamah binti al-Hurr r.a.
Beliau berkata, aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda "Akan datang
suatu zaman, pada waktu itu orang
banyak berdiri tegak beberapa lama,
kerana mereka tidak mendapatkan
orang yang dapat mengimami mereka
solat"

(HR Ibnu Majah)
 
Penyakit Umat Islam Masa Kini

Daripada Abu Hurairah r.a. Katanya,
aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda "Umatku akan ditimpa
penyakit-penyakit yang pernah
menimpa umat-umat terdahulu" Sahabat
bertanya "Apakah penyakit-penyakit
umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW
menjawab "Penyakit-penyakit itu adalah,
1.Terlalu sombong,
2.Terlalu mewah,
3.Mengumpulkan harta sebanyak
mungkin,
4.Tipu menipu dalam merebut
harta benda dunia,
5.Saling memarahi,
6.Dengki-mendengki sehingga menjadi
zalim menzalimi"

(HR Hakim)
 
Back
Top
Log in Register