EzY-eLoaD
Legendary Member

- Messages
- 12,747
Paid Membership
- Joined
- Aug 1, 2008
- Messages
- 12,747
- Reaction score
- 18
- Points
- 115
KUALA LUMPUR: Perlakuan tidak bermoral kian menular di kalangan remaja kini dianggap berpunca daripada kurangnya didikan agama serta penerapan nilai murni dalam jiwa hingga mereka sanggup menggadai maruah diri dan mengenepikan hukum agama.
Yang DiPertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Wilayah Persekutuan, Zaihan Mahamud ketika dihubungi berkata, senario remaja yang ghairah menikmati keseronokan dunia wajar dilihat secara serius dan memerlukan pembabitan semua pihak dari akar umbi.
“Apabila nafsu menguasai diri, mereka tidak lagi memikirkan apa yang bakal terjadi tapi lebih rela mengejar keseronokan dunia hingga sanggup bergelumang dosa tanpa rasa bersalah. “Justeru, seperti pepatah mengatakan meluntur buluh biar dari rebungnya, begitu juga golongan ini yang perlu diterapkan nilai murni dan menyuburkan jiwa mereka dengan asas agama sejak kecil supaya mereka terhindar daripada kegiatan tidak bermoral seperti ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Metro Ahad semalam mengenai sebilangan gadis yang gemar berhibur dari satu pusat hiburan ke pusat hiburan lain selama 24 jam pada hujung minggu malah sanggup menyerahkan maruah mereka semata-mata untuk mendapatkan keseronokan dengan meneguk minuman keras dan mengambil pil khayal.
Zaihan berkata, paparan media massa mengenai keruntuhan akhlak remaja khususnya remaja Islam bukan baru, malah berleluasa selaras perkembangan dunia tanpa sempadan.
“Berbanding dulu, remaja kini lebih cenderung berinteraksi dengan dunia luar berikutan mudah mendapatkan maklumat menerusi Internet dan diakui negara ini masih lagi terbuka dalam soal ini.
“Cuma apa boleh saya katakan ia menjadikan masalah sosial di Malaysia semakin kronik apatah lagi tiada perasaan bersalah melakukan perkara dilarang agama dan memudaratkan diri sendiri,” katanya kesal.
Selain itu katanya, keluarga juga memainkan peranan membentuk jiwa remaja kerana tanpa institusi kekeluargaan kukuh, mereka lebih mudah dipengaruhi kerana sifat semula jadi golongan ini sentiasa dahagakan perhatian.
“Kurangnya interaksi antara ibu bapa dan anak menyebabkan mereka mencari orang luar seperti rakan untuk meluahkan perasaan dan jika tersilap langkah mereka mungkin terjerat dengan gejala tidak bermoral.
“Kadang-kadang ibu bapa juga bersalah terlalu mengharap anak menjadi seperti diinginkan tapi tidak menyelami jiwa dan memahami masalah anak menyebabkan mereka mencari penyelesaian luar,” katanya. Mengulas pusat hiburan yang beroperasi hingga 8 pagi di ibu kota, beliau menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pemiliknya