kopirait
CG Top Poster Club

- Messages
- 49,284
- Joined
- Apr 18, 2010
- Messages
- 49,284
- Reaction score
- 5,428
- Points
- 486
ISU warga asing menjual rokok seludup belum reda apabila kegiatan itu dilihat masih aktif terutama di sekitar Senawang, Seremban.
Biarpun pihak berkuasa berkaitan sentiasa memantau aktiviti itu, mereka dilihat berani membuka meja atau kios menjual rokok berkenaan.
Selain di kedai runcit, pasar malam dan tepi restoran, kebanyakan peniaga warga asing dari Indonesia itu menjalankan perniagaan bergerak dengan membuka meja di lokasi tertentu selain menghantar bekalan kepada pelanggan di rumah atau tempat kerja.
Beberapa lokasi antaranya di Bandar Prima Senawang, Dataran Senawang, di hadapan kedai runcit, restoran dan penjuru pintu masuk taman, menjadi pilihan peniaga berkenaan menjalankan kegiatan terbabit.
Pelbagai jenama rokok seludup dijual dengan harga antara RM3 hingga RM5 sekotak untuk 20 batang.
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Anggerik Senawang, Mohd Rosly Jamil, 58, mengakui aktiviti penjualan rokok seludup oleh warga asing di Senawang dilihat aktif.
Beliau berkata, kegiatan menjual rokok murah itu dikhuatiri boleh mendorong golongan remaja terbabit dengan rokok.
“Saya lihat mereka mula aktif menjual rokok bermula 4 petang hingga awal pagi dengan menjadikan beberapa lokasi strategik seperti hadapan rumah kedai, restoran dan penjuru taman.
“Pihak berkuasa perlu melakukan pemantauan lebih kerap supaya kegiatan itu dapat dicegah.
“Saya khuatir ia boleh mengundang kegiatan tidak sihat dalam kalangan remaja. Ibu bapa perlu ambil perhatian terhadap anak remaja mereka agar tidak terjebak dalam aktiviti itu,” katanya.
Selamba jual rokok seludup | Harian Metro
ISU warga asing menjual rokok seludup belum reda apabila kegiatan itu dilihat masih aktif terutama di sekitar Senawang, Seremban.