Merdekakah Kita
Sempena memperingati kemerdekaan negara kita dan Sambutan Hari Malaysia, sejauhmana kita benar-benar merdeka ?...
• Merdeka dari belenggu penjajah.
• Merdeka dari serangan pemikiran (al-ghazw al-fikri).
• Merdeka dari penjajahan ekonomi.
• Merdeka dari belenggu keberhutangan.
• Merdeka dari budaya ciplak songsang, yang tiada kena mengena dengan adat resam ketimuran dan Malaysia.
• Merdeka dari akhlak buruk dan keji serta nafsu serakah yang buruk dan hina seperti rasuah, mengadu domba dan bermusuh.
• Merdeka dari akal yang terbelenggu dengan kemabukan sama ada disebabkan oleh arak, dadah juga smartphone dengan pelbagai aplikasi yang melalaikan seperti online game
• Merdeka dari kemalasan, kealpaan, ketakutan, kelalaian, kemiskinan, kepapaan, kebodohan, kejahilan, kelemahan dan pelbagai sikap negatif.
• Merdeka dari kemurungan, dukacita, kesedihan, perasaan dan pemikiran yang lemah.
• Merdeka dari perpecahan, pergaduhan, permusuhan, perseteruan serta perbalahan.
• Merdeka dari kelemahan pembinaan institusi kekeluargaan seperti rapuhnya rumahtangga, ketidakbertanggungjawaban terhadap anak-anak dan remaja, kurangnya kasih sayang, simpati dan empati dari kalangan keluarga.
• Merdeka dari sifat dan sikap ekstrem, taksub, perkauman yang melampau serta mengeruhkan hubungan etnik, bangsa serta warganegara Malaysia.
Selamat Meraikan Sambutan Hari Malaysia 2023.
"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"