BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Selamat Datang, Facundo Garcés

1000611238.jpg

1000611239.jpg


Malaysia Menyambut Kehadiran Facundo Garcés ke Dalam Skuad Kebangsaan

Pasukan Kebangsaan Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan bahawa pemain pertahanan tengah, Facundo Garcés, kini secara rasmi menyertai skuad senior Harimau Malaya. Pemain berusia 25 tahun ini membawa kualiti, pengalaman dan kepimpinan yang tinggi kepada pasukan ketika Malaysia terus memperkukuh skuad bagi menjadi pasukan impian seluruh rakyat Malaysia.

Garcés, yang pernah beraksi dalam liga utama di Argentina dan baru sahaja menamatkan musim bersama Deportivo Alavés dalam La Liga, telah melengkapkan semua keperluan pendaftaran dan kelayakan, dan kini sedia untuk dipilih oleh ketua jurulatih Peter Clamovski.

“Facundo mempunyai perwatakan yang kuat. Seorang pertahanan yang tenang dengan personaliti yang hebat serta pengalaman di peringkat tertinggi. Dia sangat bersemangat untuk mewakili Malaysia dan berbangga dalam mengharumkan nama negaranya.”

Garcés turut meluahkan keterujaannya untuk mewakili Malaysia, dengan berkata:

"Menjadi sebahagian daripada pasukan kebangsaan ini adalah satu penghormatan yang luar biasa.
Sejak tiba, saya telah merasai kehangatan, semangat kekeluargaan, dan sokongan yang ikhlas dari semua. Jika ini baru permulaan, saya tidak dapat bayangkan betapa hebatnya bila seluruh negara dan penyokongnya berdiri teguh bersama kami.
Saya bersedia memberikan segala-galanya demi Malaysia."

Facundo Garcés kini telah menyertai kem latihan skuad kebangsaan sempena jendela FIFA dan akan layak untuk dipilih bagi perlawanan Kelayakan Piala Asia AFC menentang Vietnam yang akan datang.
 
1000614793.jpg


Antara perlawanan yang cukup berintensiti tinggi Facundo Garces adalah menentang Atletico Madrid pada 3 Mei 2025.

Ketika itu pasukan beliau, Alaves berjaya mengikat Atletico Madrid 0-0.

Beliau bermain penuh dalam perlawanan tersebut dan dapat hasilkan cleansheet.

Skuad Atletico Madrid turunkan skuad utama ketika itu dengan penyerang Alvarez dan Griezman turut bermain dalam kesebelasan. Sorloth juga turut bermain dalam perlawanan tersebut

Padu beliau dapat kekang penyerang-penyerang utama Atletico dari jaringkan gol.

Fizikal beliau memang mantap lah .
 
Back
Top
Log in Register