BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Facundo Garces perjelas salah faham isu asal usul

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,879
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,879
Reaction score
290
Points
146
3243927.webp

Facundo Garces

PEMAIN warisan Harimau Malaya, Facundo Garces tampil menjelaskan kekeliruan mengenai asal usulnya selepas satu temu bual bersama portal Sepanyol, El Correo.

Menurut Garces, kenyataan yang tular sebelum ini hanyalah berpunca daripada kesilapan transkripsi dan menegaskan beliau memang memiliki pertalian darah Malaysia melalui datuk dan neneknya.

"Ia hanyalah kesilapan transkripsi. Saya seorang rakyat Malaysia daripada keturunan datuk dan nenek dan saya cukup berbesar hati dapat beraksi untuk negara.

"Jumpa anda semua tidak lama lagi," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Terdahulu, El Correo melaporkan Garces menyebut beliau mewakili Harimau Malaya melalui pertalian darah daripada moyangnya sekali gus menimbulkan persoalan kerana syarat pemain warisan menetapkan melalui datuk atau nenek sahaja.

Sebagai rekod, Garces melakukan penampilan sulung bersama skuad kebangsaan ketika aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jun lalu.

Aksi mantap pertahanan itu membantu skuad bimbingan Peter Cklamovski mencatat kemenangan bergaya 4-0 tanpa dibolosi.

Dia juga dijangka bakal memperkuatkan skuad negara untuk dua aksi persahabatan menentang Singapura dan Palestin bulan depan.
 
Back
Top
Log in Register