BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seksa lif rosak

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_gal1


Subang Jaya: “Sudah lebih dua minggu penduduk dibebani masalah kerosakan lif dan terpaksa menggunakan tangga sehingga ke tingkat 18,” kata penduduk yang juga orang kelainan upaya (OKU), Masayu Hassan, 30 yang kecewa dengan pihak pengurusan Pangsapuri Lagoon Perdana kerana gagal menangani masalah lif rosak di situ.

Masayu berkata, dia yang tinggal di tingkat dua blok enam kediaman berkenaan tidak berpuas hati dengan pengurusan yang menjanjikan pembaikan lif pada 2 April lalu, tetapi sehingga sekarang masih tidak diselenggara.

“Kedua-dua lif rosak pada penghujung Mac lalu dan pihak pengurusan berjanji untuk membaikinya pada 2 April lalu kerana ketiadaan alat ganti namun sampai sekarang tiada tindakan,” katanya ketika ditemui di pangsapuri berkenaan, di sini, semalam.

Menurutnya, sudah banyak kali dia mengajukan pertanyaan itu namun jawapan sama diberikan kepadanya oleh pihak terbabit.
“Saya mengharapkan jiran yang lalu lalang bagi membantu saya naik serta turun setiap hari dan nasib baik ramai yang membantu,” katanya.


Lebih memberi tekanan apabila dia berasa kurang selesa kerana tangga mudah berpasir apabila kerap digunakan sepanjang lif rosak, malah sampah berselerakan termasuk ada yang meludah di tangga.

Sementara itu, seorang lagi penduduk dikenali sebagai Ahmad, 35, berkata, dia tidak tahan dengan keadaan itu jika ia berlarutan kerana keadaannya yang menghidap asma.

“Saya tinggal di tingkat 15 dan terpaksa menggunakan tangga untuk turun dan naik setiap hari. Saya risau dengan tahap kesihatan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Kanan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Asfarizal Abdul Rashid, ketika dihubungi berkata, ia tanggungjawab Badan Pengurusan Bersama (JMB) untuk menguruskan penyelenggaraan pangsapuri namun pihak MPSJ akan melihat tindakan yang boleh dilakukan jika JMB gagal bertindak.



sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Seksalifrosak/Article
 
maintenance lif tinggi..tu yg management abaikan
 
management tak perihatin akan masaalah yang dihadapi oleh penghuni.
 
antara sbb byk lif x dpt repair..ramai penyewa x byr maintanen tambah plk kos repair yg tgi dan sll ada kecurian wayar dgn vandalisme..flat sy blh kata selang sehari repair besoknya mesti out.
 
ini dilema rumah pangsa.. dan rumah flat.. bayaran perkhidmatan nak tiap bulan kena bayar tapi service hampeh... kesian ada yang kena keluar rm100- rm1000 sebulan untuk bayaran maintaned... hasil hampeh
 
Back
Top
Log in Register