BTC USD 81,885.3 Gold USD 4,157.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Seks,Top up dan dot dot dot

fine net

CG Top Poster Club
gem
Messages
43,408
Paid Membership
Joined
Apr 5, 2007
Messages
43,408
Reaction score
340
Points
136
Soalan

SAYA sering mengikuti ruangan ini dan sungguh berminat dengan kisah mengenai gadis yang ditipu dan diperalatkan lelaki untuk mendapatkan wang.

Ini kerana saya turut mengalami situasi sama disebabkan teman lelaki hanya mempergunakan saya untuk kesenangan dia.

Terus terang, saya banyak 'makan hati' dengan perangai dia selama lebih setahun kami berkawan. Kalau dia nak tambah nilai telefon bimbit atau inginkan seks, baru dia cari saya. Kalau tak perlukan semua itu, dia lebih banyak mendiamkan diri.

Bila saya hantar SMS atau telefon, dia tak layan. Selepas dua atau tiga hari baru dia cari saya semula. Bila saya tanya ke mana dia menghilang, dia cakap dia sibuk bekerja dan macam-macam alasan yang tak masuk akal.

Kalau ikutkan hati, memang sudah lama saya putus dengan dia tapi disebabkan terlalu sayangkan dia, saya TERPAKSA menahan sabar dengan apa dia lakukan.

Ada masanya saya tak boleh tahan sabar sampai terpaksa memper*****kan diri pergi ke rumah dia semata-mata ingin berjumpa dengannya.

Dang Setia, saya sebenarnya sudah tak tahan untuk terus hidup begini. Bila tengok pasangan lain yang bercinta, saya cemburukan mereka dapat teman lelaki yang memahami. Teman lelaki saya pula hanya pandai nak ambil kesempatan
Terus terang saya katakan, saya sudah fobia untuk berkawan dengan lelaki. Pada saya, mereka semua tak boleh dipercayai.

Saya harap Dang Setia dapat beri nasihat kepada saya yang buntu.

Pada masa sama saya mohon kepada semua wanita di luar sana supaya jangan terlalu mudah mempercayai lelaki dan jangan terlalu manjakan dia orang dengan harta benda kita. Kelak, kita sendiri makan hati.

AMIRA
Johor Bahru



Jawapan

Berfikir, berbicara dan bertindaklah dengan akal waras mengikut acuan syariat Allah SWT, bukan mengikut kata hati serta kehendak nafsu. Jika sedar diri diperalatkan hanya untuk wang dan seks, mengapa masih rela memperhambakan diri?

Sayang? Cinta? Berikan dua perasaan istimewa kurniaan Allah itu kepada yang berhak dan jangan biarkan ia menyebabkan diri saudari dipergunakan oleh orang lain.

Yang lebih menakutkan, jangan biarkan cinta dan sayang membabi buta itu menyebabkan saudari lebih banyak terpengaruh dengan bisikan syaitan hingga menjadi hamba Allah yang dan dihumban ke neraka di akhirat kelak.

Maaf, mungkin kenyataan Dang Setia agak keras, namun sesekali Dang Setia perlu menggunakan pendekatan itu, tambahan pula dalam kes orang yang tahu dia buat salah tapi belum bersungguh-sungguh berusaha untuk menghentikan kesalahan itu.

Sedarilah, kaunselor, pakar psikologi, ustaz dan ustazah hanya mampu memberi nasihat untuk menolong seseorang tapi jika orang itu tidak mahu berusaha menolong dirinya sendiri, semua nasihat yang diberi hanya sia-sia.

Dalam bidang motivasi, masalah seperti saudari dikaitkan dengan satu analogi mengenai orang yang selalu terjatuh ke dalam lubang setiap kali dia melalui satu lorong.

Yang peliknya, biarpun berulang kali terjatuh, dia masih melalui lorong sama serta tidak mengelak apabila tiba di lubang itu. Jadi, fikirkanlah secara waras.
 
sayang sangat sampaikan sanggup biar maruah tergadai...apa punya manusia la...
 
Alasan nak jadi geng lesbian la ni...~X(
 
untung betul mamat2 yang dikasihi awek ni. free sex dapat. free top up dapat.
 
haha..dah terang2 ambik kesempatan..boleh rase sayang lg yer.
 
apa la ppaun skrg ni..

aku ada kes lg best lg ni... mau dengar? hehe
 
Back
Top
Log in Register