BTC USD 84,603.0 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

sekadar peringatan,sharekan

tyco

Active+ Member
gem
Messages
4,115
Joined
Sep 16, 2010
Messages
4,115
Reaction score
1,680
Points
111
Assalamualaikum... Satu fakta nombor yg menarik untuk kita fikir-fikirkan:

Adakah kita sedari...???

Acheh
Tsunami
26-12-2004,

Jogja
Gempa
26-05-2006

Tasik, Jawa Barat
Gempa
26-06-2010

Gunung berapi
Meletus
26-10-2010

Jambatan Tenggarong
Samarinda, Indonesia
Runtuh
26-09-2013

Bulan lalu pada tarikh 26 Okt.
Taufan Haiyyan diutus Allah SWT untuk menunjukkan kekuasaan Nya kepada seluruh rakyat Filipina yg telah merobohkan "Rumah Nya" di Manila untuk digntikan dgn shopping mall!!

Mengapa semua ini
Berlaku pada tarikh 26hb

Adakah ini satu kebetulan??

Bukalah dan bacalah
Al-Quran Juzuk ke: 26

Allah SWT telah berfirman

Mafhumnya:

"sedikit waktu lagi Aku akan menggoncang kan langit dan bumi, laut dan darat".


Biar mereka semua tahu bahawa Mu'jizat Allah itu ada !!!

Jika sudi..

Sampaikanlah kepada hamba Allah yg lain.. wallahua'lam ..
Ternyata Cuma 1.5 jam⌚ saja Umur Kita hidup di DUNIA .. ini.
................
Mari kita lihat berdasarkan Al-Qur'an sebagai sumber kebenaran absolute
.. 1 hari akhirat = 1000 tahun dunia
.. 24 jam akhirat = 1000 tahun dunia
.. 3 jam akhirat = 125 tahun dunia
.. 1.5 jam akhirat = 62.5 tahun dunia.
Apabila umur manusia itu rata-rata 60-70 tahun, maka hidup manusia ini jika dilihat dari langit hanyalah 1.5 jam saja.
Patutlah kita selalu diingatkan tentang masalah waktu. ⌛🕙
Allah berfirman : "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)"
Semoga bermanfaat bagi kita semua untuk meniti perjalann hidup kita ini.
Kuatkan fikir akhirat
Kerana dunia ni
Tempat kita nak tinggalkan
Fokus akhirat
Itulah tempat kita nak hidup seterusnyaNak kongsi sikit 😁😁
Bismillahirrahmanirrahim .

KALAU TAK NAK BACA TU BERMAKNA IBLIS BERJAYA HALANG KAMU UNTUK BACA,KALAU RASA DIRI KAMU KERDIL SILA BACA .

- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya.*Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah*kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

BERSEDIAKAH KITA JIKA BERLAKUNYA ESOK? DGN AMALAN YANG SANGAT2 SIKIT.BAGAIMANA*UNTUK KITA MENJAWAB TENTANG AMALAN2 YG TELAH DILAkukan
 
Last edited:
Bukalah dan bacalah Al-Quran Juzuk ke: 26 Allah SWT telah berfirman Mafhumnya:

"sedikit waktu lagi Aku akan menggoncang kan langit dan bumi, laut dan darat".

dlm Juz’ 26 ader 6 surah semuanyer termasuk ler surah Al-Ahqaf, Muhammad, Al-Fath, Al-Hujraat, Qaf & Az-Zariyat, surah & ayat yg maner satu tuh???...

jrg org bg rujukan ayat Al-Quran dgn memberikan nombor juzuk shj, 1st time lak terbaca kat sini...

aper pon terima kasih atas peringatan, cumer jgn terlalu dipaksa2 kan tafsiran kiter agar sesuai dgn ayat2 Al-Quran...
 
Sungguh menginsafkan. Tempoh waktu hidup di dunia terlalu kerdil dibandingkan dengan hari akhirat.
 
Sungguh menginsafkan. Tempoh waktu hidup di dunia terlalu kerdil dibandingkan dengan hari akhirat.
betul tu bro ...
paling mudah ...kubur ..bila mana kita nanti dimasukkan kedalam nya .
itu sudah mencukupi membuat aku takut .
 
"sedikit waktu lagi Aku akan menggoncang kan langit dan bumi, laut dan darat".

ni ayat dari surah mana ni bai?
 
Home Awas Mesej Juzuk 26 dikatikan dengan bencana yang berlaku pada tarikh 26hb
AWAS MESEJ JUZUK 26 DIKATIKAN DENGAN BENCANA YANG BERLAKU PADA TARIKH 26HB



Pernah anda terima mesej begini melalui email atau whatsapp atau facebook?
----mula whatsapp---
Satu fakta nombor yg menarik untuk kita ffikir-ikirkan:
Adakah Anda sedari…???
Tsunami di Aceh berlaku pada 26 Desember 2004,

Gempa di Jogja berlaku pada raring: 26 Mei 2006,
Gempa di Tasik, Jawa Barat pd trkh 26 Jun 2010,
Guru Merapi meletus pd trkh 26 0ktober 2010..
Pada tarikh 26 Sept. jambatan tenggarong di samarinda, Indonesia runtuh dan Bulan lalu pada trkh 26 Okt. Taufan Haiyyan diutus Allah swt untuk menunjukkan kekuasaan Nya kpd Rakyat Filipina yg telah merobohkan RumahNya Di Manila untuk digantikan dgn shopping mall!!
Mengapa selalu berlaku pd trkh 26′..?? Satu kebetulan??
Bukalah dan baca dalam Alquran juz ke 26 ;
Allah SWT berfirman yg mafhumnya:
“sedikit waktu lagi Aku akan menggoncang kan langit dan bumi, laut dan darat”.
biar mereka tahu Mu’jizat Allah itu ada !!!
jika sudi, sampaikanlah SMS ini kpd hamba Allah yg lain
----tamat whatsapp---
Terbaru yang disebarkan difacebook adalah seperti berikut :
---Mula mesej facebook---
26 Dec 1861 gempa bumi di Egion, Yunani
26 Mar 1872 gempa bumi di Owens Valley, USA
26 Aug 1896 gempa bumi di Skeid, Land, Islandia
26 Nov 1902 gempa bumi di Bohemia, sekarang Czech Republic
26 Nov 1930 gempa bumi di Izu
26 Sep 1932 gempa bumi di Ierissos, Yunani
26 Nov 1943 gempa di Tosya Ladik, Turki
26 Dec 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepun
26 Mei 1957 gempa di Bolu Abant, Turki
26 Mar 1963, gempa bumi di Wakasa Bay, Jepang
26 Jul 1967 gempa bumi di Pulumur, Turki
26 Sep 1970 gempa bumi di Bahia Solano, Colombia
26 Jul 1971 gempa bumi di Solomon Island
26 Apr 1972 gempa bumi di Ezine, Turki
26 Mei 1975 gempa bumi di N. Atlantic
26 Mar 1977 gempa bumi di Palu, Turki
26 Dec 1979 gempa bumi di Carlisle, Inggris
26 Apr 1981 gempa bumi di Westmorland, USA
26 Mei 1983 gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepang
26 Jan 1985 gempa bumi di Mendoza, Argentina
26 Jan 1986 gempa bumi di Tres Pinos, USA
26 Apr 1992 gempa bumi di Cape Mendocino, California, USA
26 Okt 1997 gempa bumi di Italia
26 dec 2004 tsunami aceh
Satu fakta nombor yg menarik untuk kita fikir-fikirkan:

Adakah kita sedari...???

Acheh
Tsunami
26-12-2004,

Jogja
Gempa
26-05-2006

Tasik, Jawa Barat
Gempa
26-06-2010

Guru Merapi
Meletus
26-10-2010

Jambatan Tenggarong
Samarinda, Indonesia
Runtuh
26-09-2013

Bulan lalu pada tarikh 26 Okt.
Taufan Haiyyan diutus Allah SWT untuk menunjukkan kekuasaan Nya kepada seluruh rakyat Filipina yg telah merobohkan "Rumah Nya" di Manila untuk digantikan dgn shopping mall!!

Mengapa semua ini
Berlaku pada tarikh 26hb

Adakah ini satu kebetulan??

Bukalah dan bacalah
Al-Quran Juzuk ke: 26

Allah SWT telah berfirman
Mafhumnya:
"sedikit waktu lagi Aku akan menggoncang kan langit dan bumi, laut dan darat".
Biar mereka semua tahu bahawa Mu'jizat Allah itu ada !!!
Jika sudi..
Sampaikanlah SMS ini kepada hamba Allah yg lain..
---tamat mesej facebook---

Bunyinya macam Islamik tetapi kebenarannya amat diragui. Perkara sebegini menunjukkan betapa kita boleh diperkotak-katikkan kerana tiadanya inisiatif untuk membuat kaji selidik sebelum menerimanya dan menyebarkannya kepada yang lain. Jika benar dikatakan ayat tersebut ada pada Al-Quran juzuk ke 26, kenapa tidak dinyatakan surah yang mana satu, ayat ke berapa?

Ini jawapan balas kepada isu diatas, juga dari whatsapp:
--mula jawapan whatsapp---
hantar jwb dr seorang ustaz pasal fakta nombor yg telah dihantar diatas:
Dlm Al-Quran Juz ke 26 tiada ayat seperti di atas, yg ada hanya dlm Bible Alkitab, surah Hagai 2:6
Sebab saya tgk benda ni disebarkan secara meluas kat fb dgn whatsapp, bila google rupanya sumber dari bible, takut propaganda dari org kristian.. Saya tak arif, tapi saya rujuk www.surah.my utk terjemahan Al-Quran
Terjemahan bible boleh rujuk http://alkitab.sabda.org/bible.php
Mmg betul semua yg berlaku atas Kekuasaan Allah. Tapi msg di atas tu adalah propsganda…
Ayat yang disebarkan di atas tu mmg petikan asal dari ALKITAB.
“Sedikit waktu lagi Aku akan menggoncangkan langit dan bumi, laut dan darat”.
Ini propaganda niat Jahat utk org merujuk dan mempercayai ALKITAB.
-berhati2 lah kwn2, jgn duk main copy paste je!
Juzuk 26, surah ape n ayat berape?
Msg yg di frwd brkenaan pristiwa yg brlaku smpena trk 26 tu BUKAN dr quran sbnrnya ia dr sumber BIBLE.. JGN trtipu dgn klmhan kita sendiri.
Ni terjemahan dari BIBLE:
2:6 (2-7) Sebab beginilah firman TUHAN semesta alam: Sedikit waktu lagi maka Aku akan menggoncangkan langit dan bumi, laut dan darat;
.Ini buktinya:
http://bibledbdata.org/onlinebibles/indonesian_tb/37_002.htm
--tamat jawapan whatsapp---

Cari kat google..jumpa kat sini http://www.guatv.com/2013/12/awas-mesej-juzuk-26.html
 
mesej mcm ni byk dipanjangkan oleh budak budak zaman sekarang baik kat
fb wechat whatsapp dll. motif yg aku nampak, nak LIKE.

ayat paling femes "kalau tak share syaitan berjaya menghasut anda"
gambar profile tgh peluk dengan bf siap rapat pipi lagi.

yg dikongsikan byk pengajaran, tapi sayang ada jugak yg memesongkan.
cerita suara dari laut sabah tu rasanya dari tahun 2007 lagi. masuk
dalam whatsapp aku ni dah dekat 10 kali. malas nk selidik, konon nak
jadi org pertama yg sampaikan berita gempar. eheh.
 
Back
Top
Log in Register