BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sekadar Info Untuk Semua

harraz asyraaf

Super Active Member
Messages
7,794
Joined
Jun 5, 2008
Messages
7,794
Reaction score
93
Points
70
"Aku tak baca detail sangat... tapi sejak jadi unit trust consultant ni...
aku tahu satu teori yg disebut RULE 72. Org ekonomi tahu benda ni.

Kalau nak tahu half value the money... guna rule ni bahagikan dengan
inflasi rate. Skrg ni inflasi 4% >, 72/4 = 18. Meaning to say... dlm masa
18 tahun lagi value duit RM100 skrg akan jadi RM 50 18 tahun akan dtg.

Oleh itu, saving kita hendaklah cari yg dapat bagi return per year lebih
besar drpd interest rate. Kalau saving dlm tbg haji 4.75% dgn interest rate
4%, dalam masa 18 tahun akan dtg, secara teori kita akan hanya ada
keuntungan 0.75% shj.

OLEH itu juga simpan didalam instrumen yg bolh bagi return yg besar dan
selamat."

"pasal financial planning tu, kau kata duit boleh simpan sampai 2nd &
3rd
generation. Aku ragu2 sikit sbb apa yg aku tahu, pakar2 ekonomi dunia
meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi
kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg
kukuh untuk sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada
Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi)

Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank. Aku
dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia
kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin
dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg
anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush,
professor di Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu
zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan
jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930's. Mamat ni masih close
dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk "FUTURE FASTFOWARD".

Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji
system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg
nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak
lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya
beribupejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan. Dia kata kat aku, org
Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr
M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak Lah memang well prepared untuk hadapi
kehancuran system kapitalis.

Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah
duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit
dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank. Duit kertas yg
kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan
menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun
di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal "money
creation" oleh
bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana
Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik
sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul tu).
Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok
CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara
yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis spt Herald,
Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di access via
internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kemudian buat
research sikit2 pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat
research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah
:-

1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir
berdekatannya)

2. emas dan perak

Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab
emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan
kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga
yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internet mengenai sejarah
dan asal usul bank)

Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg menurut pakar
ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI
BAWAH TOPIC "THE DEATH OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan
kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa
depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah
tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang
semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di
situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh
kedua abad ini adalah era "haus kerana tidak ada air" dan
"bergelap kerana
tiada minyak" menurut kata penganalisis dunia).

Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar
Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu,
aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, "Tan Sri, apa kita nak buat
sebab
kita tak ada polisi tenaga nuklear?" Dia jawab, "no comment. You kena
tanya
menteri." Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US. Masa tu aku
tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai
persediaan hadapi kekurangan minyak.

Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau
mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit
kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada
aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. 'I don't
keep
money," macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi
hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan
RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit
kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada
kehancuran system ekonomi kapitalis nanti. Bukti dah ada depan mata iaitu
krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia
tengah kaji Al- Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca
surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN,
bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu,
US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA
BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke
negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2
di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana2
mengenai krisis dolar Amerika).

Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-

MD IMF, Rodrigo de Rato, "We believe such a large imbalance of growing
indebtedness by the US is a risk not only for the US economy, but for the
world economy.

Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas "over time there is only one
direction for the dollar to go - lower".

Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : "we view them as TIME
BOMBS both for the parties that deal in them and the economic system."

Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, "we have a 75% chance
of a crisis within 5 years".

Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan pemikiran sahaja. Apa
pun kau fikir pasal maklumat aku ni, terpulang lah. Wallahualam

Regards,
Hamba Allah
 
bukan dah ada ke nihh?? tapi aku tak angkat bendera laa..sbb malas nak search balikk..ekekekeke:))
 
banyak nye kajian .. maklumat berguna nih..:D
 
Back
Top
Log in Register