dyla shahri
CG Top Poster Club
- Messages
- 22,919
- Joined
- Dec 2, 2009
- Messages
- 22,919
- Reaction score
- 1,040
- Points
- 191
Lili Elbe Lelaki Pertama Yang Menjalani Pembedahan Transeksual
Gambar Einar dalam pakaian perempuan.-Foto Ehsan www.abraword.com
LILI Elbe dari Denmark merupakan antara transeksual pertama yang menjalani pembedahan pertukaran jantina.
Beliau dilahirkan sebagai seorang lelaki yang bernama Einar Mogens Wegener dan bekerja sebagai seorang pelukis di bawah nama itu.
Tetapi selepas menjalani pembedahan jantina pada tahun 1930, beliau menukar namanya kepada Lili Elbe.
Sebelum melakukan pembedahan penukaran jantina, Einar pernah berkahwin dengan seorang wanita bernama Gerda Gottleib semasa menuntut di Copenhagen Art School dalam bidang lukisan lanskap. Kedua-dua mereka adalah pelukis.
Mereka mendirikan rumah tangga ketika Einar berusia 22 dan Gerda, 19, pada tahun 1904.
Gambar Einar dalam pakaian lelaki.-Foto Ehsan www.abraword.com
Menariknya mengenai pasangan suami isteri ini, Einar bebas menjadi perempuan dengan nama Lili, manakala Gerda pula mengamalkan cara hidup sebagai seorang lesbian.
Pasangan ini mengembara ke Itali dan Perancis sebelum menetap di Paris pada tahun 1912.
Einar pernah menerima Anugerah Neuhausens pada tahun 1907 kerana lukisannya. Dan banyak daripada lukisan Gerda pula, menggambarkan wanita bergaun cantik di mana Einar telah menjadi model untuk kebanyakkan daripada lukisan-lukisan tersebut.
Di sekitar tahun 1920-an dan 1930-an, Einar mula memberanikan diri untuk berpakaian sebagai wanita secara terbuka.
Sebelum itu, hanya sahabat-sahabat karib Einar sahaja tahu yang dia sebenarnya adalah seorang pondan.
Einar menjalani pembedahan transeksual pada tahun 1930 yang pada masa itu masih di peringkat kajian.
Gambar isterinya Gerda.-Foto Ehsan www.abraword.com
Beliau menjalani lima pembedahan dalam jangka masa dua tahun.
Tiga bulan selepas menjalani pembedahan kelima iaitu selepas pemindahan organ uterus, Einar meninggal dunia semasa berumur 50 tahun pada tahun 1931.
Pada masa itu, beliau sedang berusaha untuk menjadi seorang ibu.
Einar disyaki menghidapi sindrom Klinnefelter, satu kondisi dimana seorang lelaki memiliki kromosom X yang berlebihan dalam badan.
Kebanyakan daripada kes-kes seumpamanya hanya dapat dikesan selepas kematian Einar.
Sifat luaran Einar dikatakan merupai seorang anak gadis dan sering di salah sangka sebagai seorang wanita apabila keluar.
Seorang doktor yang membedahnya berkata Einar banyak memiliki hormon wanita berbanding hormon lelaki.
Organ reproduktif khunsa, di mana seseorang itu memiliki organ wanita serta lelaki, dijumpai pada badan semasa Einar semasa beliau dibedah.
Terdapat sebuah novel mengenai Einar berjudul “The Danish Girl” yang ditulis oleh David Ebershoff pada tahun 2001.
Sebuah filem mengenai Einar berjudul ‘The Danish Girl’ juga telah keluarkan pada tahun ini dan watak Einar dilakonkan oleh Nicole Kidman.