pernah guna walkman ni juga.. tapi sayang.. anak saudara kasi jahanam
byk2 walkman.. walkman ni paling sedap bunyinya.. harga masa tu RM299, terbaik...rosak sebab pintu tercabut...
walkman ni aku dapat drpd abang sulung aku.. tahun 1990, bateri dia sebelah dalam , kena buka pintu kaset// bunyi mmg sedap.. tapi takder mega bass
walkman ni aku beli pada tahun 2001, semasa dekat kolej di KL, beli dekat mydin dekat dengan batu road supermarket,, masa beli harga RM79 shj, guna duit poket sendiri. mmg puas hati walkman ni masih hidup, kaset masih berpusing.. dia masih berbunyi.. ear phone kacuk aiwa punya... kepala keset sudah berkarat sebab lama tak guna kaset...
yang ini masih ada... beli pada tahun 2005 dekat sogo, harga RM189, walkman masih ok.. radio ok.. kaset .. getah dia sudah putus.. getah baru sudah beli.. tapi takde masa nak pasang.... skrin lcd pun dah ada tanda2 hitam.. expired sbb panas/lusuh... earphone asal masih ada.. cuma sebelah kanan ada bunyi mcm pecah sedikit jika pasang kuat2... barang kesanyangan ni
radio sahaja.. warna biru.. aku berjaya beli dekat mudah.my, RM20 shj siap pos tanpa bateri dan earphone... masih berfungsi kerap dengar malam2.. bateri sebiji saiz AAA, elakkan guna bateri murah/pirate china... untuk elak leaking dlm tu... earphone aku guna headphone panasonic extra xbass