BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah Patani

Dari search2 sahaja..

Kronologi yang senang untuk difahami tentang sejarah/kisah epik Raja Melayu, Raja Siam dan Raja(Ratu) Patani terawal:

Merong Mahawangsa (berasal dari Rom) kemudian belayar ke China. Dalam pelayarannya ke China, baginda telah diserang oleh garuda. Lalu bersinggah ke wilayah Lembah Bujang, Langkasuka (Kedah Tua) bagi membuka penempatan baru. Baginda berketurunan Kaisar Romawi Iskandar Agung dari Macedonia. Merong Mahawangsa ialah seorang Raja beragama Hindu.

Raja Merong Mahapudisat, putera sulong Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Baginda ditabalkan di Rom sebagai Raja Siam. Langkasuka ditukar nama sebagai “Kedah Zamin Turan”. Baginda menjadi Raja Siam pertama.

Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, putera kedua Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Ditabal Raja dan pengasas bagi Kerajaan Gangga Negara.

Raja Puteri, merupakan anak ketiga Merong Mahawangsa. Juga merupakan seorang Puteri, beragama Hindu. Ditabal sebagai Raja Patani pertama.

Raja Seri Mahawangsa, petera bongsu Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Menggantikan ayahdanya Merong Mahawangsa sebagai Raja Kedah. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan ufti bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya sulongnya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera. Mempunyai seorang putera yang degil yang bernama Raja Seri Maha Inderawangsa.

Raja Seri Maha Inderawangsa merupakan putera kepada Raja Seri Mahawangsa. Beragama Hindu. Merupakan Raja yang degil dan zalim. Memakai gelaran Raja Ong Maha Perita Deria. Bagi rakyat jelata, baginda lebih sinonim dengan panggilan Raja Bersiong kerana suka memakan darah manusia. Lari kedalam hutan Gunung Jerai dan mangkat disana selepas di serang oleh angkatan tentera menterinya. Meninggalkan seorang putera yang bernama Raja Phra Ong Mahapudisat.

Raja Phra Ong Mahapudisat merupakan putera kepada Raja Seri Maha Inderawangsa (Raja Bersiong). Raja Phra Ong Mahapudisat merupakan Raja beragama Hindu. Mempunyai seorang putera bernama Raja Phra Ong Mahawangsa.

Raja Phra Ong Mahawangsa merupakan putera kepada Raja Phra Ong Mahapudisat. Asalnya beragama Hindu, kemudian memeluk agama Islam. Menukar nama sebagai Sultan Mudzafar Shah (Dipercayai sebagai Sultan pertama Kedah dan salah seorang Sultan tertua didunia bermula tahun 1136). DiIslamkan oleh Syeikh Abdullah Yamani.

Persoalan:
Macam mana Merong Mahawangsa boleh beragama Hindu? Mungkin kerana beliau singgah di Goa, India.
 
menarik topik ni....Keluarga akoo di kedah juga berasal dari pattani..dibawah serba sedikit sejarah keturunan pertama akoo di kedah :-

Daerah Pokok Sena berasal dari nama sepohon pokok iaitu Pokok Sena atau nama saintifiknya ’PTEROCARPUS INDICUS’. Sejarah awal Daerah Pokok Sena dikesan melalui kisah kunjungan peneroka pertama iaitu Tuan Guru Haji Wan Abdul Samad seorang ulama berasal dari Pattani sekitar awal tahun 1920an. Telah diceritakan bahawa rombongan Tuan Guru Haji Wan Abdul Samad telah menyusuri Sungai Nawa sehingga tiba di satu tempat di mana terdapat sepohon Pokok Sena yang besar. Tuan Guru kemudiannya membangunkan tempat tersebut sebagai kawasan penempatan dan mendirikan sebuah sekolah pondok untuk mengajar ilmu agama kepada penduduk sekitar.

Pada waktu itu, sungai merupakan alat perhubungan utama dan lantaran itu Pekan Pokok Sena terus berkembang dan muncul sebagai pengkalan persinggahan perahu dan tongkang yang mengankut hasil dagangan dan barangan keperluan harian. Sebuah balai polis dibina untuk mengawal ketenteraman awam dan sebagai tempat memasung orang salah. Lokasi ini sekarang dikenali sebagai Kampung Pokok Sena Lama. Pembinaan infrastruktur jalan Pokok Sena ke Kuala Nerang telah mendorong Pekan Pokok Sena berpindah dari lokasi sekarang di Kampung Pokok Sena Lama ke kawasan sekitar balai polis sedia ada.

Lapan ranting dari pohon Pokok Sena yang asal telah di tanam di sepanjang jalan dari Kampung Aman sekarang ini hingga ke hadapan Sekolah Kebangsaan Gajah Mati. Pohon Pokok Sena yang terakhir di hadapan Balai Polis Pokok Sena telah ditebang pada pertengahan tahun 2006 untuk memberi laluan kepada pembinaan lampu isyarat Pekan Pokok Sena. Sebagai mengenang jasa peneroka Allahyarham Tuan Guru Haji Wan Abdul Samad, Sekolah Kebangsaan Gajah Mati telah dinamakan sebagai Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad pada 26 Mei 1983.

sumber : http://webjabatan.kedah.gov.my/home4/new.php?jab=pdps&id2=1862&isi=content2
 
atok n nenek aku kat kelantan bleh cakap thai... ntah2 keturunan patani.. hehe
 
Dari search2 sahaja..

Kronologi yang senang untuk difahami tentang sejarah/kisah epik Raja Melayu, Raja Siam dan Raja(Ratu) Patani terawal:

Merong Mahawangsa (berasal dari Rom) kemudian belayar ke China. Dalam pelayarannya ke China, baginda telah diserang oleh garuda. Lalu bersinggah ke wilayah Lembah Bujang, Langkasuka (Kedah Tua) bagi membuka penempatan baru. Baginda berketurunan Kaisar Romawi Iskandar Agung dari Macedonia. Merong Mahawangsa ialah seorang Raja beragama Hindu.

Raja Merong Mahapudisat, putera sulong Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Baginda ditabalkan di Rom sebagai Raja Siam. Langkasuka ditukar nama sebagai “Kedah Zamin Turan”. Baginda menjadi Raja Siam pertama.

Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, putera kedua Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Ditabal Raja dan pengasas bagi Kerajaan Gangga Negara.

Raja Puteri, merupakan anak ketiga Merong Mahawangsa. Juga merupakan seorang Puteri, beragama Hindu. Ditabal sebagai Raja Patani pertama.

Raja Seri Mahawangsa, petera bongsu Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Menggantikan ayahdanya Merong Mahawangsa sebagai Raja Kedah. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan ufti bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya sulongnya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera. Mempunyai seorang putera yang degil yang bernama Raja Seri Maha Inderawangsa.

Raja Seri Maha Inderawangsa merupakan putera kepada Raja Seri Mahawangsa. Beragama Hindu. Merupakan Raja yang degil dan zalim. Memakai gelaran Raja Ong Maha Perita Deria. Bagi rakyat jelata, baginda lebih sinonim dengan panggilan Raja Bersiong kerana suka memakan darah manusia. Lari kedalam hutan Gunung Jerai dan mangkat disana selepas di serang oleh angkatan tentera menterinya. Meninggalkan seorang putera yang bernama Raja Phra Ong Mahapudisat.

Raja Phra Ong Mahapudisat merupakan putera kepada Raja Seri Maha Inderawangsa (Raja Bersiong). Raja Phra Ong Mahapudisat merupakan Raja beragama Hindu. Mempunyai seorang putera bernama Raja Phra Ong Mahawangsa.

Raja Phra Ong Mahawangsa merupakan putera kepada Raja Phra Ong Mahapudisat. Asalnya beragama Hindu, kemudian memeluk agama Islam. Menukar nama sebagai Sultan Mudzafar Shah (Dipercayai sebagai Sultan pertama Kedah dan salah seorang Sultan tertua didunia bermula tahun 1136). DiIslamkan oleh Syeikh Abdullah Yamani.

Persoalan:
Macam mana Merong Mahawangsa boleh beragama Hindu? Mungkin kerana beliau singgah di Goa, India.

sumber dari mana ni tuan ...

banyak yang tidak selari dengan sumber sejarah
 
Aku slu share bab2 ni kat FB dlu....kt kena tahu tanah Melayu lebih luas dri yg kt tau...
 
baguslah ...
supaya generasi baru lebih celik sejarah
daripada terperangkap dalam agenda politik
sesudah penjajahan
 
Back
Top
Log in Register