BTC USD 60,736.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah Patani

rasanya kalau menurut website jabatan agama trg
sekurang2nya terdapat 3 orang mufti trg adalah anak patani
yang bermula dari Tok Syeikh Bukit Bayas

Tok Syeikh Bukit Bayas adalah tok guru kepada Tokku Tuan Besar, Tokku Paloh, Sultan Umar dan Sultan Zainal Abidin ...

Alhamdulillah alim ulama ada yg berhijrah ke Terengganu menyebarkan Islam
 
toknyang ambe nama mohammad & jusoh.. dua2 sepupu.. cicit kepada abd rahman, anak tok pattani..

dulu masa kecik ambe selalu gi raya kat kg tualang.. arwah tokki bwk jupe sepupu, dua pupu dia kat sana..

hok ambe ingat gi raya dok jupe pun anok, cucu2 sepupu, dua pupu tokki ambe..

tahniah kerana tuan masih kenal salasilah keturunan dan tidak segan untuk menyatakannya ...

TokCu percaya apa yang tuan nyatakan

tetapi nama Tok Pattani tu TokCu rasa itu nama gelar sahaja
mungkin yang dimaksudkan itu adalah pembesar patani atau pun cuma panggilan sahaja ... tetapi memang mereka berasal dari patani
 
TokCu rasa bangga kerana dengan Patani dapat mendedahkan banyak hal berkaitan terengganu ....

sebab itulah terengganu yang tidak pernah diketahui pernah dijajah oleh siam tetapi kena bayar ufti bunga emas dan bunga perak
rupa2nya terengganu ada kaitan rapat dari segi pentadbiran dan keilmuan para ulamanya ...
 
Narathiwat tu asalnya Menara dalam negeri Legeh
Yala tu sebenarnya Jala atau Jalor dlm loghat kedah ...
Satun tu Setul asalnya dalam kedah (bukan patani) tapi sebahagian dari langkasuka
Songkhla tu asalnya Singgora atau Singharaja

Sebab itulah kawasan itu sehingga sekarang menjadi titik panas
sebab mereka muslim yang teraniaya akibat perbuatan khianat Inggeris-Siam

hu... sedih ambe:(
 
tahniah kerana tuan masih kenal salasilah keturunan dan tidak segan untuk menyatakannya ...

TokCu percaya apa yang tuan nyatakan

tetapi nama Tok Pattani tu TokCu rasa itu nama gelar sahaja
mungkin yang dimaksudkan itu adalah pembesar patani atau pun cuma panggilan sahaja ... tetapi memang mereka berasal dari patani

memang x ramai org skrg yg tahu susur galur keturunan mereka
tapi nama gelaran tu menunjukkan memang berasal dari Pattani
 
TokCu rasa bangga kerana dengan Patani dapat mendedahkan banyak hal berkaitan terengganu ....

sebab itulah terengganu yang tidak pernah diketahui pernah dijajah oleh siam tetapi kena bayar ufti bunga emas dan bunga perak
rupa2nya terengganu ada kaitan rapat dari segi pentadbiran dan keilmuan para ulamanya ...

Terengganu dulu2 kena hantar ufti ke Siam atau Pattani pada masa tu TokCu
 
Back
Top
Log in Register