BTC USD 81,115.2 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah Lambang PAS

Hai rakanku; janganlah engkau mengirimkan orang
yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang
yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak
menjadi utusan
 
Adakah negeri yang diperintah oleh UMNO lebih baik dari Kelantan dan boleh dibanggakan?
1. Berbanggakah kita dengan bersepahnya kelab malam?
2. Berbanggakah kita dengan bertaburan kedai judi dan nombor ekor?
3. Berbanggakah kita dengan banyaknya gedung perniagaan tapi orang
Melayu hanya menjadi bekas pemilik tanahnya saja?
4. Berbanggakah kita bila masjid diroboh kerana tanahnya akan
diserahkan kepada pemaju untuk pembangunan?
5. Berbanggakah kita bila warga kotanya dikelilingi dengan tol yang
sentiasa menjerut kocek mereka?
6. Berbanggakah kita bila pemimpin dengan rakus merobek kekayaan
negeri untuk diagihkan kepada kaum keluarga mereka?
7. Berbanggakah kita mempunyai pemimpin yang penuh bergelumang
dengan maksiat?
8. BERBANGGAKAH KITA MEMPUNYAI PEMIMPIN YANG MEMILIH JALAN
SELAIN DARIPADA JALAN YANG ALLAH TETAPKAN UNTUK MENTADBIR
NEGERI YANG DIAMANAHKAN KEPADA MEREKA?

mohon kerjasama saudara pembuka thread tolong jawab dan berdiskusi bersama... :)
 
Adakah negeri yang diperintah oleh UMNO lebih baik dari Kelantan dan boleh dibanggakan?
1. Berbanggakah kita dengan bersepahnya kelab malam?
2. Berbanggakah kita dengan bertaburan kedai judi dan nombor ekor?
3. Berbanggakah kita dengan banyaknya gedung perniagaan tapi orang
Melayu hanya menjadi bekas pemilik tanahnya saja?
4. Berbanggakah kita bila masjid diroboh kerana tanahnya akan
diserahkan kepada pemaju untuk pembangunan?
5. Berbanggakah kita bila warga kotanya dikelilingi dengan tol yang
sentiasa menjerut kocek mereka?
6. Berbanggakah kita bila pemimpin dengan rakus merobek kekayaan
negeri untuk diagihkan kepada kaum keluarga mereka?
7. Berbanggakah kita mempunyai pemimpin yang penuh bergelumang
dengan maksiat?
8. BERBANGGAKAH KITA MEMPUNYAI PEMIMPIN YANG MEMILIH JALAN
SELAIN DARIPADA JALAN YANG ALLAH TETAPKAN UNTUK MENTADBIR
NEGERI YANG DIAMANAHKAN KEPADA MEREKA?


aku pun nak tahu gak la ulasan dr tuan tanah....:-?
 
ala BN..berani lawan pas jek..kaum2 lain,dia tak berani ..apee daaa..
 
:)cgrock Sejarah Parti Islam Se Malaysia:

PARTI lslam Se-Malaysia atau ringkasnya disebut PAS adalah sebuah parti politik yang diluluskan pendaftarannya pada 31hb. Mei 1955 dengan Registration No. 733 (Penang). Pada awalnya ia didaftarkan atas nama Persatuan lslam Se-Malaya dengan rujukan kelulusan pendaftarannya 34 in R. of. S 26/52.

Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Bermula Dengan Tangan Terbuka

TANGAN terbuka. Atau tapak tangan, mempunyai lima jari yang sedang terbuka. Itulah lambang atau simbol PAS yang mula-mula digunakan bagi menghadapi pilihanraya persekutuan pertama, pada 27 Jun 1955.

Lawan-lawan PAS menggunakan symbol ini untuk menakut-nakutkan pengundi-pengundi. “PAS mahu potong tangan orang ramai.” Kata mereka. Yakni, kalau PAS berjaya perintah negara ini, ia akan laksanakan hukum ‘hudud’ yang termasuk di dalamnya potong tangan bagi pencuri, penyamun atau perompak. Mereka gambarkan hukum Islam itu begitu ngeri, zalim dan kejam.

Pada hal, ianya hanya secebis dari sistem perundangan Islam, yang bersifat mengubati penyakit masyarakat. Contohnya seperti kerat kaki pada pesakit kencing manis. Begitulah hudud, kerat tangan pencuri, ‘rajam’ atau sebat pada penzina apabila cukup syarat-syarat yang begitu ketat.

Ada juga yang menganggap, lambang ini hampir menyamai tujuan PKMM, yakni mengangkat tangan, menggenggam lima jari, jadi gumpalan penumbuk, yang juga ada unsur-unsur Islam. Juga terdapat unsur-unsur menunjukkan orang Melayu bebas beragama Islam, bebas melaksanakan hukum serta perundangan Islam yang tidak dikongkong oleh penjajah.

Walau apapun tafsirannya, namun makna sebenar adalah simbol kepada amalan rukun Islam yang lima. Bermula dengan pengakuan kesatuan aqidah atau syahadah ‘Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh atau rasul Allah, yang di dalamnya ada enam rukun pula iaitu Rukun Iman. Seterusnya mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam, berpuasa wajib setahun sekali sepanjang Ramadzan, membayar zakat dan fitrah, serta mengerjakan haji sekali seumur hidup, jika mampu. Semuanya ini adalah asas ke arah menjadi seorang Muslim yang sejati.

Setelah itu lambang ini ditukar kepada lambang bulan bintang. Iaitu sebiji bintang lima penjuru, berada di atas hujung tanduk bulan sabit, di mana dua penjuru kakinya berada dalam lingkungan bulan dan tiga penjurunya lagi berada di bahagian atas luar lingkungan bulan sabit tersebut. Lambang ini juga terpaksa ditukar kerana diharamkan oleh pemerintah (zaman pemerintahan Tun Abdul Razak, iaitu pada tahun 1971), yang menuduh ‘menggunakan lambang Islam bagi mengelirukan orang ramai’.

Akhirnya, mengambanglah lambang bulan purnama penuh mengisi langit pilihan raya Malaysia. Ia mula digunakan dalam pilihan raya Tumpat Barat Kelantan hinggalah sekarang. Lambang tersebut ialah bulatan putih seperti bola pingpong yang bererti bulan purnama, dengan latar belakang warna hijau dan dalam keadaan tertentu boleh digunakan warna hitam.

Ukurannya seperti yang tercatat dalam perlembagaan PAS, pindaan 1987, hendaklah 3x4 atau 3:4, iaitu 3 lintang dan 4 bujur. Boleh digunakan dalam inci, kaki, cm, meter, atau sistem ukuran-ukuran lain. Boleh juga digunakan apa-apa simbol yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan serta Suruhanjaya Pilihan Raya. Lambang-lambang tersebut adalah khusus bagi kegunaan pilihan raya dan manefestonya sahaja.

Bendera PAS pula berwarna merah putih. Warna merah terletak di atas warna putih yang sama lebarnya. Di pangkal sebelah kiri terletak satu bulatan hijau. Pada asalnya di dalam bulatan tersebut, tertera perkataan ‘Allah’ dan ‘Muhammad’ dalam tulisan jawi berwarna putih. Dengan pengharaman seperti dikatakan di atas, ia tidak boleh digunakan lagi dan hanya tinggal bulatan hijau sahaja. Kekallah bendera PAS hampir sama dengan bendera UMNO, yang mana di sudut atas sang saka mereh putih tersebut terdapat bulatan hijau bagi PAS dan UMNO dengan lambang kerisnya.

Ukuran bendera juga adalah sebesar 5x7 atau 5:7, sama dengan ukuran inci, kaki, cm, meter atau selainnya. Bendera PAS digunakan dalam setiap perayaan atau perjumpaan yang dianjurkan dan disertainya. Juga digunakan sebagai latar belakang dalam sesuatu majlis, pada kenderaan, pejabat atau rumah-rumah ahli di semua peringkat, terutamanya semasa kempen-kempen pilihan raya.

PAS dengan lambang ‘tangan terbuka’nya terus menyertai pilihanraya, walaupun pendaftaran pertubuhannya baru diluluskan sehari sebelum penamaan calun, iaitu pada 14 Jun 1955, setelah hampir 4 tahun permohonannya diajukan.

:D :D
Ringkaskan cerita...
Kerana susahnya menguruskan logo PAS masa nak wat daftar dulu, itu xleh ini xleh...Al-Fathil Uz.Hj Hassan Syukri telah gunakan penutup tin cat utk buat logo tu...
:p :p
Lihat la sapa yg cerdik!!! mcm2 xleh...last2 bulatkan dgn tin cat... pemerintah masa tu terima?? Anda fikir la sendiri...
:p :p
PAS dari dulu mmg dah biasa dgn tekanan...Petugas kerja xkira DUIT upah pun.Tapi kita tgk bila BN tertekan??...Pilihanraya yg lepas Selangor boleh pulak tambah masa kecederaan!!!
 
:D :D
Ringkaskan cerita...
Kerana susahnya menguruskan logo PAS masa nak wat daftar dulu, itu xleh ini xleh...Al-Fathil Uz.Hj Hassan Syukri telah gunakan penutup tin cat utk buat logo tu...
:p :p
Lihat la sapa yg cerdik!!! mcm2 xleh...last2 bulatkan dgn tin cat... pemerintah masa tu terima?? Anda fikir la sendiri...
:p :p
PAS dari dulu mmg dah biasa dgn tekanan...Petugas kerja xkira DUIT upah pun.Tapi kita tgk bila BN tertekan??...Pilihanraya yg lepas Selangor boleh pulak tambah masa kecederaan!!!

UMNO buat keje untuk penuhkan kocek sendiri...takde objective perjuangan...:D :D :D .
Aku kagum bila tgk orang2 PAS turun padang masa nak berjuang time Pilihanraya...setengah2 tempat tu...sampai sanggup kluar duit sendiri nak buat banner...=D> =D> =D>

Itulah semangat perjuangan yang sebenar...biar harta tergadai...tapi pantang maruah AGAMA, BANGSA & NEGARA yang tergadai... ALLAHUAKBAR..!!
 
elo beb,

la ni plak ... diorg dpt 35 juta dari swisscash ... aper diorg nak wat dgn duit tu yekk :-? :-? :-?
 
suke nye aku tgk pembangkang dan penyokong dlm cgnie.. baru meriah skit thread kalu ade dua2 blah pihak.. bleh bermuzakarah..
 
Back
Top
Log in Register