BTC USD 85,928.9 Gold USD 4,140.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah Besut

syazwansafwan

Freshie
Messages
6
Joined
Jun 27, 2011
Messages
6
Reaction score
0
Points
3
DSC05436.JPG

Istana Kampung Raja, Besut, Terengganu merupakan sebuah Istana Melayu lama yang didirikan oleh sultan yang memerintah daerah Besut di Terengganu. Rumah Melayu Tradisional ini lebih dikenali dengan panggilan Istana Tengku Anjang Zahab yang terletak di Kampung Raja. Ia menghadap ke arah masjid lama dan Sungai Besut. Istana ini merupakan sebuah rumah Melayu yang konsep binaannya telah dipengaruhi oleh senibina asing seperti Riau dan Siam.




DSC05437.JPG

surau lama kampung raja


Kawasan Kampung Raja, Lampu, Kota Palembang, Kampung Pinang, Kampung Lama dan Kuala Besut sekarang, dikenali dengan panggilan jajahan Palembang lebih kurang 175 tahun yang lampau. Nama Palembang ini didapati dari panggilan orang-orang yang datang dari Palembang, Sumatera. Adalah dipercayai bahawa tempat ini hampir serupa dengan Palembang di Sumatera, dengan itu mereka memanggilnya Palembang.




DSC05434.JPG

Sebelum tertubuhnya kerajaan Melayu Palembang kawasan ini diduduki oleh kaum Sakai di bawah ketuanya yang dikenali dengan panggilan Besut. Ketua sakai ini kemudiannya telah menukarkan tanahnya dengan seorang saudagar bernama Che Latiff. Tukarannya berupa mata kail dan batu permata. Besut kemudiannya mudek ke hulu berhampiran dengan Lubuk Bida bersama dengan orang-orangnya. Nama daerah Besut sekarang adalah diambil sempena nama ketua sakai ini.





DSC05457.JPG

kubur lama raja-raja yang pernah memerintah besut




Kronologi Sejarah Palembang (Besut)

1800- Daerah ini diduduki oleh kaum Sakai diketuai oleh Besut

1810- Palembang menjadi hak milik Che Latiff

1815- Che Latiff memberi Besut kepada Sultan Abidin pertama. Tengku Kadir dilantik menjadi Raja Palembang.

1835- Tengku Kadir mangkat dan digantikan dengan Tengku Hitam @ Ali

1837- Tengku Hitam mangkat dan diganti oleh Tengku Chik Ali.

1844- Istana diraja dibina di Palembang.

1885- Tengku Chik Haji membina istana baru bagi menggantikan istana yang terbakar.

1890- Tengku Ngah dilantik menjadi Raja Palembang terakhir.

1899- Pelembang dijadikan sebahagian dari Negeri Terengganu dan menjadu naugan British. nama Palembang ditukar dengan nama Besut.

1919- Istana Tengku Wok siap.

1926- Dilanda bah merah semasa di bawah Penasihat British.

1941- Diserang Jepun.

1945- Di bawah Komander S. Nonsisky

1956- Di bawah Penasihat British.

1957- Merdeka





sumber- Majallah Cahaya Kemajuan Sekolah Menengah Tengku Mahmud (1974)

http://www.alamiterengganuku.com/
 
Last edited:
katanya jerteh-besut ni dalam jajahan klate dl..ye ke?
 
jadi hok ore kato besut dulu dale kelate kaloh judi ayam tu ngarut la?
 
jadi hok ore kato besut dulu dale kelate kaloh judi ayam tu ngarut la?

kawe rasa mitos je..cuma hok betul kelantan dgn teganu ni dulu dibawah pemerintahan raja siam..
 
kawe rasa mitos je..cuma hok betul kelantan dgn teganu ni dulu dibawah pemerintahan raja siam..

tapi meme kawe x cayo pn cerito tuh.
kelate serambi mekah.
teranung pn antara tempat awal kedatangan islam(batu bersurat)
xkan la ado judi ayam gadai tanah.
kalu mikir logik la..
 
jadi hok ore kato besut dulu dale kelate kaloh judi ayam tu ngarut la?

Besar kemungkinan hanyalah dongengan semata-mata. Kisah kalah judi ayam memang ada berlaku dalam persejarahan Melayu di antara Srivijaya & Majapahit (kalau tak silaplah) melibatkan wilayah Palembang, iaitu helah raja-raja untuk mengelak dari peperangan. Demikianlah asal-usul peribahasa "menang sorak kampung tergadai".

Mungkin kisah ini terpalit pada Besut sebab dipercayai wilayah ini dibuka oleh kerabat Srivijaya yang melakukan penghijrahan. Kalau mengikut rencana TT ni pun nama asal Besut ialah Palembang...(namun ini hanyalah 1 versi dikalangan beberapa versi lain sejarah Besut).
 
Back
Top
Log in Register