Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.



Suku kaum Sama wujud tanpa pemimpin kerajaan.

nak bertanye sikit.
Suku kaum Sama tu sebahagian dari kaum Bajau
ke merupakan kaum Bajau itu sendiri?
:-?

hehehheeeee sebenarnya perkataan Bajau itu sendiri adalah suatu yg baru berbanding perkataan Sama (cara sebut= sa; SAya, ma=MAri "ditarik sedikit dgn lembut")
Sehingga kini perkataan Bajau masih belom dpt dijelaskan dgn tepat; kenapa ianya digunakan utk mewakili suku kaum Sama. Cuma ada andaian sahaja bahawa Bajau itu bermakna Berjauh.... hakikatnya suku kaum Sama tidak semestinya berjauhan.... hatta ada yg merujuknya adalah satu puak asli yg berasal dari Negeri Johor Kuno kemudian menjauhkan diri dari tanah Johor dan digelar Bajau.
Walau bagaimana pon, keterangan itu tidak ada bukti yg nyata. Sekadar pakaian tradisi sahaja hampir mirip. Namun, jika anda pergi ke Sarawak pakaian tradisi ini pon juga terdapat pada kaum Bidayuh, melanau dll.
Kaum Sama merujuk kepada Bajau Pantai Barat, bermula dari Bandau (Kota Marudu) hingga ke Pengalat, Papar. Bezanya dari suku Bajau yg lain ialah suku Sama pandai bercucuk tanam seperti padi kerana mempunyai hubungan akrab dgn suku dusun/kadazan...