BTC USD 83,952.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah Bahasa Melayu

CrusheD_LameR

Moderator
Messages
1,308
Joined
Dec 25, 2007
Messages
1,308
Reaction score
72
Points
30
Tahukah anda bahawa asal-usul kaum Melayu, iaitu penutur asli bahasa Melayu, amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan teliti. Walau bagaimanapun hasil kajian daripada sarjana tempatan dan Barat, kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno, iaitu nenek moyang keturunan kita sendiri.

Acap kali kita menggunakan istilah ‘bahasa Melayu’, ‘orang Melayu’ atau ‘bangsa Melayu’, kaum Melayu’. Tapi tahukah anda apa itu istilah ‘Melayu’, dan dari manakah asal-usulnya? Pada peringkat awal, istilah ‘Melayu’ dikaitkan dengan konsep kerajaan. Bukti sejarah menunjukkan bahawa perkataan Melayu, pada masa dahulu merujuk kepada kerajaan atau kawasan, dan bukan merujuk pada agama, manusia dan bangsa.

Istilah ‘Melayu’ sangat baru dijumpai, iaitu hasil daripada kesan penginggalan sejarah. Istilah ‘Melayu’ paling awal telah dijumpai dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada zaman dinasti T’ Sang, yang dipercayai ditulis pada sekitar tahun-tahun 645-655 Masihi.

Konsep Melayu sebagai bahasa masih belum timbul pada peringkat ini. Mengikut catatan I’Tsing sekitar tahun 644-645 Masihi, terdapat sejenis bahasa yang dituturkan di Sriwijaya pada waktu itu bernama ‘K’un-lun. Bahasa’K’un-lun ini bukan sahaja dituturkan oleh penduduk tempatan tetapi juga dipelajari oleh orang asing untuk memudahkan mereka berkomunikasi sesama mereka.

Dipercayai bahawa ‘K’un-lun ini ialah satu bentuk bahasa Melayu tua yang terawal, yang dikenali juga dengan nama bahasa Melayu kuno.

Bahasa Melayu menjadi alat penyebaran agama Islam, satu agama yang tinggi martabat kebudayaannya sewaktu zaman Kerajaan Melaka, iaitu zaman keagungan kerajaan Melayu. Penggunaan bahasa Melayu begitu meluas melalui pengaruh politik Melayu pada masa itu. Hasil daripada faktor-faktor ini perkembangan bahasa Melayu begitu pesat berkembang, dan bahasa Melayu mendapat satu bentuk tulisan baru, iaitu tulisan jawi.

Perbendaharaan kata bahasa Melayu bertambah dengan pesat, iaitu hasil daripada keperluan untuk mempertahankan idea-idea baru yang datang bersama peradaban Islam. Bahasa Melayu terus berkembang, terutamanya dalam bidang kesusasteraan dan telah menjadi medium penting bagi menyampaikan kesenian Melayu-Islam pada zaman tersebut.

Orang-orang Eropah yang datang ke Nusantara bukan sahaja datang untuk berdagang, malahan mereka mempunyai niat untuk mengembangkan agama Kristian. Banyak juga daripada mereka yang menjalankan penyelidikan tentang kesusasteraan tempatan.

Dalam catatan-catatan dan penulisan-penulisan mereka, jelas kelihatan betapa penting dan luasnya penggunaan dan penyebaran yang berlaku terhadap bahasa Melayu pada ketika itu. Bahasa Melayu tersebar dengan luas dan menjadi Lingua Franca terutamanya di daerah kepulauan Melayu. Sifat bahasa Melayu yang dikatakan agak sederhana dan mudah untuk dipelajari menjadikan bahasa Melayu sentiasa mendapat perhatian pengkaji bahasa baik dari Timur mahupun orang-orang Eropah.

Dari segi perancangan bahasa, negara Malaysia mempunyai dasar bahasa yang cukup jelas, iaitu mempunyai dasar Bahasa kebangsaan, dasar bahasa rasmi, dasar bahasa pendidikan, dan dasar bahasa untuk maksud-maksud tertentu atau khusus.
 
bole berikn sumber maklumat ini x?
jika ada sumber lebih baik.
:)
 
dulu cikgu aku bgtau bahasa melayu asal hanya 3perkataan jer..yg lain sumer diceduk dari bahasa lain..

nk tau apa 3 tuh?..

1- padi
2- nasi
3- b abi..

xtau betul ke x...:))
 
dulu cikgu aku bgtau bahasa melayu asal hanya 3perkataan jer..yg lain sumer diceduk dari bahasa lain..

nk tau apa 3 tuh?..

1- padi
2- nasi
3- b abi..

xtau betul ke x...:))

pnah dgr gak nih...
tp kita pon xtahu sama ada tu sume propaganda
penjajah ataupon fakta benar....
#:-S#:-S#:-S#:-S
 
pnah dgr gak nih...
tp kita pon xtahu sama ada tu sume propaganda
penjajah ataupon fakta benar....
#:-S#:-S#:-S#:-S

perkataaan lain bila dikaji...mesti ambil dari bahsa lain ( terutamanya sanskrit )
 
sedikit informasi ttg Bahasa Melayu:

Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lagi.

Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.

[1] Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masehi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura.

Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu.

Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.

Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei.

Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu.

Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula.

Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum.

Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia yaitu Sumpah Pemuda tahun 1928.

Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.
 
Back
Top
Log in Register