BTC USD 86,003.0 Gold USD 4,333.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah Awal KEMAMAN 1800-an

TokCu

Legendary Member
gem
Messages
11,155
Joined
Jul 25, 2011
Messages
11,155
Reaction score
542
Points
161
SEJARAH awal Daerah Kemaman, terutama mengenai sejarah pembukaan dan perkembangan seterusnya sehinggalah ke akhir abad ke 18 adalah kabur sekali kerana sehingga kini belum lagi terdapat sebarang bukti bertulis yang dapat dijadikan bukti untuk melihat tentang sejarah awal pembukaannya.

Sebagaimana negeri-negeri atau daerah-daerah lain di Tanah Melayu, dipercayai juga bahawa sungguhpun sejarah awal Daerah Kemaman adalah kabur, tetapi penduduk- penduduk tempatan umumnya mengakui bahawa Daerah Kemaman juga mempunyai sejarah awalnya. Kepercayaan mereka ini didasarkan kepada terdapatnya satu kawasan tanah perkuburan lslam yang dianggap umum oleh penduduk tempatan sebagai kubur yang tertua sekali di daerah ini1 terletak disatu kawasan di tengah-tengah bandar Cukai (lebih kurang 100 ela dari masjid lama Cukai, Kemaman).

Terdapat satu lagi pendapat yang agak kontravesi dengan pendapat lisan di atas mengenai sejarah awal pembukaan Daerah Kemaman. Pendapat ini telah dikemukakan oleh Dato' `Jaya Perkasa di dalam artikelnya yang terdapat di dalam Annual Report of Trengganu, tahun 1925. Catitan bertulis tersebut adalah merupakan catitan yang terawal sekali yang dapat dikesan setakat ini mengenai sejarah pembukaan dan perkembangan Daerah Kemaman dari awal tahun 1800 hingga akhir tahun 1890an. Sebagaimana yang dinyatakan di atas, catitan ini adalah berbeza dengan cerita lisan terutama tentang tarikh Daerah Kemaman mulai diterokai atau dibuka.

Mengikut catitan bertulis itu Daerah Kemaman telah dibuka oleh Lebai Saras, seorang bangsawan dari Patani, disekitar tahun 1810-an. Dikatakan bahawa beliaulah yang mula-mula membuka Kampung Nyior dan membuat penempatan pertama di situ. Juga dikatakan bahawa Kampung Nyiorlah merupakan kampung yang pertama sekali dibuka di daerah ini. Selepas membuka Kampong Nyior, dikatakan bahawa Lebai Saras telah menjadi pemerintah pertama bagi Daerah Kemaman.

Dari segi sejarah lisan tempatan pula, Daerah Kemaman mula di terokai kira-kira 300 tahun yang lalu oleh Che Wan Teh iaitu bangsawan Pahang yang Berhijrah dari Kuala Pahang berikuyan kekacauan dan huru hara di sana. Beliau telah membuka penempatan pertama di kawasan pantai di Kampung Bukit Mengkuang. Setelah itu, Che Wan Teh telah berpindah dan membuka Perkampungan di Tanjung Geliga. Walau bagaimanapun, Penempatan baru ini sering di ancam lanun dan perompak yang menyebabkan Che Wan Teh dan pengikutnya telah sekali lagi berpindah dan meneroka kawasan baru di Kampung Cukai.

Lebai Saras dikatakan seorang yang berani dan alim. Beliau bersama-sama dengan anaknya, En. Abu Bakar, juga seorang yang pintar dalam ilmu hulubalang dan pengikut-pengikutnya telah lari dari Patani setelah gagal dalam satu pemberontakan Patani menentang serangan Siam dalam tahun 1810. Dalam kejadian tersebut, Dato’ Pengkalan iaitu Raja Patani telah terbunuh manakala Lebai Saras dan pengikutnya berjaya menyelamatkan diri.

Apabila rombongan Lebai Saras sampai di Kemaman mereka telah singgah seketika di Kampung Kuala Kemaman. Kemudian mereka belayar mudik melalui Sungai Kemaman ke ulu dan akhirnya berhenti di satu tempat yang bernama Kampung Nyior. Beliau (Lebai Saras) telah menyuruh orang-orangnya membersihkan tempat itu dan kawasan sekitarnya untuk dibuat satu penempatan baru dan terus menetap di situ. Dato' Jaya didalam tulisannya mengatakan bahawa;

He (Lebai Saras) was the first man to settle at Kampung Nyior, in Kemaman river about six miles from the mouth, where he made a clearing and settlement.

Kedatangan Lebai Saras dan En. Abu Bakar ke Kemaman telah menempah satu sejarah penting dari segi kemunculan penempatan-penempatan baru di Daerah Kemaman. Juga kedatangan mereka ke daerah ini telah mencetuskan satu peristiwa penentangan secara terbuka buat kali pertama di dalam sejarah Negeri Trengganu terhadap kewibawaan dan kekuasaan Yang Dipertuan Trengganu. Akibat dari penentangan itu telah berlaku satu peperangan kecil antara Lebai Saras dan pengikut-pengikutnya di satu pihak dengan orang-orang Yang Dipertuan Trengganu di pihak yang lain. Peristiwa itu dikenali oleh penduduk tempatan di Daerah Kemaman sebagai Peristiwa Lebai Saras.

Disebabkan Lebai Saras seorang yang alim, berketurunan bangsawan dan terkenal pula dengan ilmu kepahlawanannya, maka beliau telah dihormati dan disegani oleh penduduk tempatan di daerah ini.

Lebai Saras telah diterima sebagai guru ugama, pemimpin dan pemerintah mereka. Hal ini lebih menggalakkan lagi apabila beliau (Lebai Saras) dan anaknya En. Abu Bakar mendapat tahu dari penduduk-penduduk tempatan bahawa Daerah Kemaman adalah bebas dari pengaruh Yang Dipertuan Trengganu di Kuala Trengganu. Oleh itu timbullah hasrat En. Abu Bakar terutamanya, untuk mengembangkan lagi Daerah Kemaman dengan cara membuka lebih banyak lagi kampung-kampung yang baru, terutamanya di kawasan-
kawasan pendalaman.

Dengan inisiatif Lebai Saras, beliau telah menggalakkan pembukaan lebih banyak lagi penempatan (kampung) baru di kawasan pendalaman. Dengan itu muncullah beberapa buah kampung-kampung baru disamping kampung-kampung yang telah sedia ada sebelumnya di Daerah Kemaman, Antara kampung-kampung yang baru muncul itu seperti Kampung Mat Chili, Kampung Mat Dagang, Kampung Pasir Tengku, Kampung Tempurung, Kampung Jabor. dan lain-lain lagi. Dikatakan bahawa setengah-setengah daripada kampung di atas diberi nama mengikut nama ketua kumpulan yang bertanggungjawab membuka satu-satu kampung baru itu.

Dalam hal ini Kampung Mat Chili (sekarang dikenali Mak Chili) dan Kampung Mat Dagang (Mak Lagam) adalah sebagai contohnya. Selanjutnya Lebai Saras telah melantik tiap-tiap orang ketua kumpulan tadi menjadi ketua kampung di kampung-kampung yang mereka terokai itu. Langkah yang diambil oleh Lebai Saras ini dapatlah disifatkan sebagai satu fatktor pendorong untuk ketua-ketua kumpulan atau ketua-ketua keluarga lain membuka penempatan baru yang belum lagi dibuka di kawasan-kawasan pendalaman di daerah ini.
 
Last edited:
Dengan semakin berkembangnya jumlah kampung-kampung yang baru dibuka, maka semakin ramailah orang-orang dari luar daerah Kemaman berpindah dan menetap di daerah itu. Perpindahan ini juga secara tidak langsung telah menaikkan lagi pengaruh dan kemasyhuran Lebai Saras di kalangan penduduk-penduduk tempatan. Kemasyhuran dan kekuasaan Lebai Saras terhadap penduduk tempatan dapat dilihat dari kata-kata
di bawah;

Beliau (Lebai Saras) selalu sahaja diusung oleh pengikut-pengikutnya di atas usungan khas yang dibuat untuknya sambil melawat kawasan-kawasan padi tiap-tiap musim menuai.

Aktiviti Lebai Saras dan anaknya En. Abu Bakar akhirnya sampai ke pengetahuan pihak Yang Dipertuan Trengganu di Kuala Trengganu. Justru itu timbullah fitnah di kalangan pembesar-pembesar istana yang mengatakan Lebai Saras dan En. Abu Bakar cuba mengumpul orang-orangnya di Daerah Kemaman untuk menentang Yang Dipertuan Trengganu. Oleh itu Sultan Ahmad Syah l telah memerintah Tengku Kembal pergi ke Kemaman untuk menangkap Lebai Saras dan anaknya untuk di bawa ke Kuala Trengganu.

Apabila angkatan Tengku Kembal sampai di Kemaman (tujuan kedatangan angkatan Tengku Kembal itu diketahui oleh Lebai Saras) Lebai Saras pun mengumpulkan orang- orangnya untuk menentang angkatan Tengku Kembal. Oleh itu berlakulah peperangan kecil antara orang-orang Tengku Kembal dengan pengikut-pengikut Lebai Saras yang diketuai oleh En. Abu Bakar. Akhirnya Lebai Saras dan En. Abu Bakar berjaya ditangkap dan kedua-duanya di bawa ke Kuala Trengganu. Kedua-dua dihukum penjara oleh
Yang Dipertuan Trengganu.

Seperti yang telah dikatakan di atas, kemunculan Lebai Saras dan anaknya, En. Abu Bakar didalam politik di Daerah Kemaman dan sebagai pemerintah di daerah itu telah membawa beberapa peristiwa penting di dalam sejarah Daerah Kemaman di sekitar tahun- tahun 1810an. Antara beberapa peristiwa penting yang berlaku dimasa pemerintahan Lebai Saras di Daerah Kemaman yang dapat penulis rumuskan bahawa Lebai Saras adalah merupakan orang yang pertama memberi nama Kemaman kepada salah satu kampong (tempat) di dalam daerah tersebut, iaitu kampung Kuala Kemaman sekarang ini. Selepas itu perkataan Kemaman digunakan untuk merujuk kepada seluruh daerah tersebut.

Dikatakan bahawa fitnah tersebut telah disebar dan disampaikan kepada pembesar-pembesar istana di Kuala Trengganu oleh seorang raja lanun yang pernah ditewaskan oleh En. Abu Bakar ketika beliau (raja lanun) berada di Daerah Kemaman untuk menjalankan aktiviti mencuri/merompak.

Lebai Saras dikatakan telah meninggal dunia di dalam penjara beberapa tahun kemudiannya setelah dikenakan hukuman sula dengan suda nipah. Mayatnya telah di bawa pulang ke daerah Kemaman dan dikuburkan di Kampung Nyior, Kemaman. Sehingga sekarang pusaranya masih lagi terdapat di kamupung itu dan selalu dikunjungi oleh penduduk-penduduk tempatan.

Mengikut sumber-sumber lisan dikatakan bahawa Lebai Saraslah yang telah menamakan daerah ini sebagai Kemaman. Nama itu diberikan sewaktu beliau menjadi pemerintah di daerah Kemaman. Mengikut penerangan yang diberikan oleh En. Wan Salleh bin Abdullah kepada penulis mengatakan bahawa pada zaman dahulu di kawasan kampung Cukai banyak terdapat sejenis pokok yang dipanggil pokok Maman tumbuh disekitar kawasan itu. Pada tiap-tiap petang didapati beberapa kumpulan kera yang datang ke kawasan itu untuk memakan pucuk-pucuk Maman itu. Lalu tempat tersebut dinamakan "Kemaman", iaitu diambil dari dua perkataan Kera dan Maman. Lalu disingkatkan menjadi Kemaman.

Mengikut sumber bertulis pula yang diberikan oleh En. Baharuddin Adam di dalam Majalah Kiblat, Keluaran Mei 1976, mengatakan bahawa diwaktu mula-mula Lebai Saras sampai di daerah Kemaman, beliau telah melihat seekor binatang yang ganjil. Rupanya seperti "kera" tetapi badannya lebih kecil dari kera biasa. Lalu Lebai Saras menamakan tempat itu (iaitu Kuala Kemaman sekarang) "Kemaman", iaitu diambil dari dua perkataan "Kera" dan "Man". Dikatakan perkataan "Man" itu bererti "saya/aku". Kemudiannya kedua-dua perkataan itu disingkatkan menjadi perkataan "Kemaman", dan nama itu kekallah sehingga ke hari ini.

Sekarang ini perkataan "Kemaman" merujuk kepada nama seluruh daerah Kemaman sebagai satu unit pentadbiran merangkumi semua kampung dan mukim yang ada di dalam daerah itu. Sebelum itu nama Kemaman sebagai satu unit pentadbiran tidak ada. Yang ada hanya nama kampung-kampung yang ada di kawasan Chukai sahaja seperti Kampung Chukai, Kampung Limbong, Kampung Tuan dan sebagainya. Kedua, Lebai Saras telah berjaya mengubah sikap penduduk tempatan dari cenderong tertumpu di kawasan tebing atau muara sungai kepada kawasan-kawasan pendalaman yang agak jauh dari kedua-dua tempat tadi. Ketiga, penentangan Lebai Saras dan pengikut-pengikutnya terhadap Yang Di pertuan Trengganu adalah merupakanpenentangan secara "terbuka" yang pertama pernah berlaku di dalam sejarah Negeri Trengganu, sungguhpun tidak semua penduduk-penduduk tempatan turut terlibat.

Akhirnya, dengan tertangkapnya Lebai Saras dan En. Abu Bakar oleh Tengku Kembal baharulah pihak Yang Dipertuan Trengganu di Kuala Trengganu mulai mengenakan pengawasannya secara langsung ke atas pentadbiran di Daerah Kemaman dengan cara menghantar pembesar-pembesar baginda ke Daerah Kemaman untuk memerintah daerah itu sebagai wakil bag/nda. Sebagai contohnya, antara akhir tahun-tahun 1810an sehinggalah menjelangnya abad ke 20, pihak Yang Dipertuan Trengganu telah menghantar satu siri pembesar-pembesar baginda untuk memerintah Kemaman sebagai wakil raja di daerah tersebut.
 
Last edited:
Kampung orang umah aku kat sini tapi dia duk Neram 2 kat bandar Cheneh,
dulu klu blk kampung selalu gi kat blkg masjid Geliga beli keropok, tp skunk dah lama x pergi sbb mahal..
 
Artikel yang dipetik daripada sumber perpustakaan UKM ini mencatatkan "Yang DiPertuan Trengganu" dan bukannya Sultan Terengganu...

maknanya ketika itu Terengganu masih lagi di bawah penguasaan kesultanan Johor...?

dan apa pula kaitan dengan raja lanun dengan istana yang memfitnahkan Lebai Saras....

ada sesiapa orang Kemaman boleh jelaskan perkara ini...
 
awok kemamang boleh cerita tak pembukaan kemaman versi Che Wan Teh...
 
Kalau diikutkan, versi Che Wan Teh (CWT) lagi kuat berbanding Lebai Saras (LS), iaitu CWT lah pembuka/pengasas Kemaman sebelum didatangi oleh LS kira-kira 3 generasi kemudian.

Bezanya ialah, semasa era CWT tidak ada lantikan ketua secara rasmi dan CWT dianggap sebagai ketua melalui penghormatan masyarakat sahaja. Apabila CWT meninggal, 'ketua' diwarisi oleh anak cucunya, itupun bukanlah dilihat secara politik.

Lagipun, semasa pembukaan awal Kemaman hanya dipelopori keluarga CWT sahaja dan mereka berkampung untuk mententeramkan diri. Jadi kehiudpan diorang sehari-hari lebih kepada 'santai & aman-aman' sahaja. Aspek ekonomi hanya difokuskan untuk menyara diri & menyediakan perlindungan untuk anak cucu, tak lebih dari itu.

Nama 'Chukai' diberi oleh CWT sebab dulu ada buaya di Sungai Kemaman, setiap tahun ada akan ada seorang yang terkorban, ibarat 'cukai'.

Dengan kehadiran LS, banyak penempatan baru dibuka & LS lebih tumpukan kawasan hulu. Disebabkan LS lebih berwibawa maka secara tak langsung dilihat lebih terpimpin.

Perkuburan CWT & keluarga ada dekat masjid lama (juga disebut 'kubur orang asal').

Makam Lebai Saras ada di Cheneh.

Waris CWT & Lebai Saras pun masih ada lagi.
 
Artikel yang dipetik daripada sumber perpustakaan UKM ini mencatatkan "Yang DiPertuan Trengganu" dan bukannya Sultan Terengganu...

maknanya ketika itu Terengganu masih lagi di bawah penguasaan kesultanan Johor...?

dan apa pula kaitan dengan raja lanun dengan istana yang memfitnahkan Lebai Saras....

ada sesiapa orang Kemaman boleh jelaskan perkara ini...

Dulu pentadbiran daerah diterajui oleh putera/puteri (YDP) atau kerabat, di atas lantikan Sultan. Kalau ada tanah lombong biasanya YDP akan lantik pula pegawai lain untuk jaga kawasan tu.

Dulu-dulu diceritakan memang banyak lanun. Tak tau la pulak lanun ada 'raja'..
 
Kalau diikutkan, versi Che Wan Teh (CWT) lagi kuat berbanding Lebai Saras (LS), iaitu CWT lah pembuka/pengasas Kemaman sebelum didatangi oleh LS kira-kira 3 generasi kemudian.

Bezanya ialah, semasa era CWT tidak ada lantikan ketua secara rasmi dan CWT dianggap sebagai ketua melalui penghormatan masyarakat sahaja. Apabila CWT meninggal, 'ketua' diwarisi oleh anak cucunya, itupun bukanlah dilihat secara politik.

Lagipun, semasa pembukaan awal Kemaman hanya dipelopori keluarga CWT sahaja dan mereka berkampung untuk mententeramkan diri. Jadi kehiudpan diorang sehari-hari lebih kepada 'santai & aman-aman' sahaja. Aspek ekonomi hanya difokuskan untuk menyara diri & menyediakan perlindungan untuk anak cucu, tak lebih dari itu.

Nama 'Chukai' diberi oleh CWT sebab dulu ada buaya di Sungai Kemaman, setiap tahun ada akan ada seorang yang terkorban, ibarat 'cukai'.

Dengan kehadiran LS, banyak penempatan baru dibuka & LS lebih tumpukan kawasan hulu. Disebabkan LS lebih berwibawa maka secara tak langsung dilihat lebih terpimpin.

Perkuburan CWT & keluarga ada dekat masjid lama (juga disebut 'kubur orang asal').

Makam Lebai Saras ada di Cheneh.

Waris CWT & Lebai Saras pun masih ada lagi.

dalam artikel yang TokCu baca pun ditulis macam tu juga... cuma tida pembuktian bertulis iaitu melalui penceritaan lisan sahaja
iaitulah Che Wan Teh telah membuka kemaman awal 100 tahun sebelum kedatangan Lebai Saras
Cuma Lebai Saras lebih aggresif membuka lebih banyak penempatan dan memajukan kemaman.

terima kasih atas penambahan info
 
Back
Top
Log in Register