BTC USD 86,656.4 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah Awal KEMAMAN 1800-an

Bagus & x bagus dua2 ..ada..tp dia berjiwa rakyat/kg gak le..:D,

kalau kturunan LS..biasa 'be'keng'2..tgk sejarah..lawan ngn raja lanun..heheheh:))

iman tidak dapat diwarisi
walau apa keturunan sekali pun
bahkan Rasulullah saw tidak memberi jaminan syurga atau keistimewaan kepada keturunannya yang mulia itu

cuma kita perlua ada kesedaran untuk memulihkan apa yang telah menjadi rosak
atau menghalang kerosakan berterusan
 
dalam artikel yang TokCu baca pun ditulis macam tu juga... cuma tida pembuktian bertulis iaitu melalui penceritaan lisan sahaja
iaitulah Che Wan Teh telah membuka kemaman awal 100 tahun sebelum kedatangan Lebai Saras
Cuma Lebai Saras lebih aggresif membuka lebih banyak penempatan dan memajukan kemaman.

terima kasih atas penambahan info

Yup, versi CWT hanya dari lisan tapi telah direkodkan lisan tersebut selepas merdeka daripada keturunan CWT & orang-orang tua di situ. Tiada catatan lain mengenai CWT, yang ada cuma batu nisan (yang tak pernah dibuat pentarikhan karbon).
 
betul ke macam tu...
tapi macam kampung Mat Chili jadi Mak Chili
kampung Mat Dagang jadi Mat Lagam

mungkin juga kot:)

Sama dengan Kg Bukit Mengkuang, sekarang dikenali Kg Bukit Kuang.
 
Tapi yang TokCu paling sedih ialah Pantai Teluk Mak Nik dah jadi Monica Bay...itu bukan sebab dialek kan

patutnya kekalkan nama Melayu itu supaya generasi kemaman atau luar kemaman tahu asal sesuatu tempat itu.. melayu bukan mat saleh

tengok banyak sejarah hari ini pun generasi baru sudah tidak tahu apatah mahu ambil peduli

akibatnya nanti hilanglah seri tarikan temapatan itu sendiri

Menyedihkan.

Pemerintah pendek akal & tak kenal sejarah.

Contoh lain ialah balai kastam lama di Sungai Cukai, dirobohkan untuk buat hotel. *******. Akhirnya tak jadi dan dikekalkan....tapaknya! Tapak balai sahaja yang kekal! :(scam

Sama jugak dengan kota lama yang dilengkapi meriam. Roboh.

Dok reti base.
 
sikap pemimpin seperti inilah yang menambahkan lagi kesesatan anak bangsa mengenal erti sejarah dan perjuangan generasi terdahulu untuk memastikan keadaan menjadi lebih baik seperti sekarang.

pemimpin sentiasa tamak dengan pembangunan tanpa mengambil kira kepentingan aspek sosio sejarah dan sensitiviti masyarakat. sifat seperti ini merugikan anak bangsa untuk tempoh masa yang panjang
 
Yup, versi CWT hanya dari lisan tapi telah direkodkan lisan tersebut selepas merdeka daripada keturunan CWT & orang-orang tua di situ. Tiada catatan lain mengenai CWT, yang ada cuma batu nisan (yang tak pernah dibuat pentarikhan karbon).

tarikh kedatangan Che Wan Teh ke kemaman masih menjadi persoalan
cuma merujuk kepada nisan lama
kalau tak silap TokCu mereka merujuk kepada perkuburan Islam berhampiran dengan bandar chukai sekarang, masjid sultan ahmad...
kuburan tu kalau tak salah pengiraan wujud semenjak pertengahan antara tahun 1800 hingga 1900. Kerana lokasi perkuburan itu dekat dengan Masjid Kampung Tuan yang dibina oleh seorang Syeikh dari Patani pada tahun 1832. Nama kampung Tuan itu pun sempena dengan nama beliau.

Tetapi jika benar Che Wan Teh yang paling awal meneroka kemaman, mungkin ada benarnya. cuma Lebai Saras datang memaju dan manamakannya sahaja sebagai Kemaman.
 
Sama dengan Kg Bukit Mengkuang, sekarang dikenali Kg Bukit Kuang.

Bukit Mengkuang asalnya telah menjadi tapak industri teluk kalung... itu yang TokCu dengar dari orang kemaman.

penduduk telah dipindah ke bukit kuang.
dan bukit kuang ini pun ada sejarah tersendiri.
 
kampung che wan terletak di kijal rasanya
ada seorang sahabat TokCu asal sana seorang guru bernama che wan
keturunan che wan masih ramai kekalkan gelaran nama mereka...

mat said tak tahulah TokCu... biografi dia ada tulis asal teluk kalong, cuma bertanding dun kijal.. bagsus ke dia:))

Ramai tul keturunan Che Wan sekitar Dungun, Kemaman dan Kuantan. :D

Sejarah Kemaman versi lawak....

Penghulu Man selesaikan perbalahan penduduk kampung pasal perebutan lembu/kambing. Last2 Penghulu Man suruh dibuat kenduri je lembu/kambing tu.

Penduduk pun bersorak gembira..."Kemah mung Man". Akhirnya jadi Kemaman...:eek:
 
Ku, Che Wan Ni kalau kaji susur galur keturunannya akan sampai juga kepada Bendahara Johor...
 
Back
Top
Log in Register