BTC USD 85,417.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah Anime

Bincangkan - Stesen Radio Mana Korang Minat?

Sedar atau tidak, sesekali dalam kereta ataupun pejabat korang mesti dengar radio. Malah setiap kali enjin kereta dihidupkan, radio pilihan korang pasti dibuka. Dalam Malaysia ni pelbagai stesen radio tumbuh bagai cendawan menarik minat pendengar pelbagai bangsa dan usia. Dalam banyak2 stesen, aku secara peribadi minat stesen Sinar FM setelah beralih arah menjadi pendengar setia dari Radio 1 (pujaan 10 Nescafe), Radio Muzik (Rentak-Ismahalil Hamzah), Radio 3 Kuantan (nama lama..sbb koi org pahang), RFM dan Era FM..Sinar ditubuhkan kalau tak silap pada tahun 2003/04 dengan tagline Cahaya Hidup Anda hingga kini Muzik Retro Terbaik. Sebelum Sinar, pada tahun 2000/2001 aku suka dengar Era sebab ada kelainan dari segi penyampaian DJ dan tranformasi ke zaman berwawasan. Kebanjiran lagu-lagu dari seberang hingga tak terbendung kini puncanya dari Era yang sering memutarkan kira-kira sejam sekali lagu-lagu seberang pada tahun tersebut hingga sekarang. Aku masih ingat kumpulan Dewa, Peter Pan dan macam2 lagi diperkenalkan stesen ni. Satu lagi, atas sebab mementingkan keuntungan, iklan-iklan disiarkan hampir lima minit umpama purata satu lagu. Lagu-lagu tempatan yang sedap didengar dan malar hijau dipotong sekerat bagi menjimatkan masa. Munculnya Sinar, membuatkan aku beralih arah. Sinar sekarang memutarkan lagu2 kenangan dan keindahan retro. Sesekali lagu2 baru diperdengarkan. Semenjak setia dengan Sinar, aku bersyukur kerana bermacam-macam peraduan aku menang dari Sinar dan jika dinilai harganya hampir mencecah RM5000 aku menang melalui talian, website dan skuad berkeretanya. Terima kasih tidak terhingga. Cuma sekarang aku nak komen tentang Sinar, masih banyak lagu2 lama tidak diperdengarkan dan hari-hari menyiarkan lagu lama yang sama. Tidakkan pihak pengurusan ingin membuat perubahan? Sinar juga merupakan stesen yang menjadi lubuk royalti bagi artis-artis lama kita. Biar kita alirkan Ringgit ke dalam negara berbanding stesen radio lain yang suka meRupiahkan Ringgit kita. Hot FM memang aku tak suka sebab lagu-lagu Indonnya menjadi ‘lagu rasmi’ stesennya. Suria FM langsung tak aku dengar walaupun di awal pelancarannya aku pernah ke studio (di Bangunan Ambank) dan bertemu dengan 2 DJ iaitu Tuah dan Bob kalau tak silap. Aku bersembang dengan mereka dan sebenarnya stesen ini sahamnya dimiliki oleh warga Singapork rupanya. Terpulang pada korang nak pilih stesen mana satu. Ini hanya pendapat peribadi. Maaf kalau ada terlanjur kata. Apa stesen kegemaran korang dan kenapa?
 
sorry...silap post la..sesaper bole tolong alihkan? tq
 
Back
Top
Log in Register