BTC USD 84,066.8 Gold USD 4,135.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejak bila main kutu haram??

in_butterfly

Active Member
Messages
1,551
Joined
Feb 20, 2011
Messages
1,551
Reaction score
14
Points
25
Baru-baru nie aku ajk beberapa orang rakan untuk main kutu tiba-tiba ada sorang rakan beritau main kuktu nie sebenrnya haram..betul ker?? aku pon search kat iternet untuk baca info tentang hal ini..sesapa yang lebih arif tentang hal ini boleh tak kongsikan bersama??

KUALA LUMPUR - Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.

Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.
Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.
"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.

"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. - KOSMO

Persoalan'nya main kutu ni memang haram atau sekadar dilarang undang-undang negara? Tak pernah dengar pulak ada ustaz kasi ceramah pasal haram main kutu. Riba' takde ape pun takde. SSM pula, kenapa baru sekarang kecoh? Dulu selambe je orang main kutu ni tak tahu langsung pasal undang-undang. Anyway, bagus ape main kutu kan? At least boleh saving duit dari tak tahu entah ke mana pergi'nya. Then dapat duit kutu tu, tak ke macam heaven tu? Main kutu dengan menabung, tak jauh pun bezanya. Kalau kena tipu tu, memang at your own risk la kan? :-?
 
main kutu dgn kawan2 bleh je lg, cume yg main kutu dgn syarikat tu je yg bahaya takut duit lebur dilarikan. undang2 negara je kata haram.
 
kt malaysia
y pnting ad lesen sume jd halal
jual pisg goreng tpi jalan if tk der lesen pon jd haram
tp if ad lesen,kowg bukak r damacai or toto or magnum
conform dwg kte halal n tk kco kowg wt bsnes y smmgnye haram tu
if tkowt wet hilang
kt bank pown trtulis if bank berlaku kerugian,
maksimum dwg cover rm65k even ko smpn 1juta
owg men kutu bkn byk wet
plg2 bwh 1k
risk at ur own
huhuhu
:D
:)cgrock
 
*****......!!!! akibat dri perangai org melayu sndiri la org melayu kt malaysia ni hancur...hdp mkn gaji bwh bangsa asing...korang ckp dgn aku la bpe byk syarikat org melayu ada yg besar2 kt malaysia ni melainkan kdai beger tu...!!!! korang taw x,cina,men kutu individu dgn kawan2 kumpul dana bantu bgsa dorg sma2 sndri tuk buat perniagaan...ape salah kite men kutu yg xde riba tu haram...????? manusia terutama org melayu tlalu pndai nk meletakn halal haram drpd Allah yg MAHA PENCIPTA SEKELIAN ALAM...harapkn nama je melayu,tp bkn beragama islam...aku sedih tgk bgsa melayu kt malaysia ni,xcm india n cina....
 
*****......!!!! akibat dri perangai org melayu sndiri la org melayu kt malaysia ni hancur...hdp mkn gaji bwh bangsa asing...korang ckp dgn aku la bpe byk syarikat org melayu ada yg besar2 kt malaysia ni melainkan kdai beger tu...!!!! korang taw x,cina,men kutu individu dgn kawan2 kumpul dana bantu bgsa dorg sma2 sndri tuk buat perniagaan...ape salah kite men kutu yg xde riba tu haram...????? manusia terutama org melayu tlalu pndai nk meletakn halal haram drpd Allah yg MAHA PENCIPTA SEKELIAN ALAM...harapkn nama je melayu,tp bkn beragama islam...aku sedih tgk bgsa melayu kt malaysia ni,xcm india n cina....

Yer... betul2 aku setuju sangat ngan ko.. hmm lagi satu yang aku heran kerajaan sekarang nie memang suka tengok rakyat melayu dia mundur camtu.. kalau melayu buat ajer..cepat jer diorang nak band! Lagi satu orang melayu ni ader peragai Phd tu yang susah..
 
Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.
"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.

ia jadi haram pasal mungkin akan wujud penyelewengan dimasa depan.

sama la macam seseorang kena ISA kerana mungkin akan berlaku masalah keselamatan jika ia tidak ditangkap.

kesimpulannya ini undang-undang pencegahan atas alasan mungkin.
 
lepak la. amaran tu dikeluarkan sbg peringtan sbb sejak akhir2 ni banyak syarikat menawarkan skim kutu kepada pelabur. kalo setakat main dgn jiran2 dan kwn2 tarak hal la.
 
lepak la. amaran tu dikeluarkan sbg peringtan sbb sejak akhir2 ni banyak syarikat menawarkan skim kutu kepada pelabur. kalo setakat main dgn jiran2 dan kwn2 tarak hal la.

ntah...jgn la cpat nk mlalut n mlatah:D
 
Permainan Kutu & Cabutan Gilirannya

(Versi Kemaskini pada 17 April 08)

Baru-baru ini saya menerima satu soalan berkenaan dengan skim kutu dan hukumnya dari sudut Islam. Soalannya seperti berikut :-

Ustaz, saya nak tanya tentang permainan kutu. sekali pandang nampak halal. ok begini

Pekerja office saya ada membuat \"main kutu\". satu kepala atau seorang RM100 seramai 11 orang jadinya setiap orang akan dapat 1100 (100 duit sendiri) tiap bulan. Yang jadi masalahnya tiap bulan cabutan akan dibuat, siapa dapat happy la..

Saya melihat disini ia ada unsur judi, sebab sebelum cabutan-cabutan mengharap nasibnya akan kena, jadi saya fikir kalau dibuat cabutan number giliran yang dah tetap siapa yang dapat tiap bulan sebagai contah mamat bulan jan, abu feb, ali mac dan seterusnya itu adalah harus.

Saya harap sangat komen ustaz. namun jika pendapat saya tu betul alhamdullilah, ini bermakna saya faham setelah membaca buku uzar tulis

Sebelum saya menghuraikan hukumnya pada sudut pandangan Islam, terlebih dahulu ada baiknya kita melihat tafsiran 'kutu' menurut AKTA 28 AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971 , ia ditafsirkan sebagai :

"kumpulan wang kutu" ertinya rancangan atau perkiraan yang dikenali dengan berbagai-bagai nama sepeti kutu, cheetu, chit fund, hwei, tontine atau sebagainya yang menurutnya peserta-pesertanya membayar yuran berkala atau selainnya kepada suatu kumpulan wang bersama dan kumpulan wang bersama itu dijual atau dibayar kepada peserta-peserta dengan jalan lelong, tender, tawaran, undi atau selainnya dan termasuklah apa-apa rancangan atau perkiraan daripada berbagai-bagai jenis seperti kutu, cheetu, chit fund, hwei atau tontine

Hukum dari sudut Undang-undang Malaysia

Setelah meneliti akta yang berkaitan, jelas termaktub seperti berikut :-

Seksyen 3. Salah di sisi undang-undang menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu.

Maka adalah salah di sisi undang-undang bagi sesiapa menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu dan seseorang yang menjalankan perniagaan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Justeru, amat jelas lagi bersuluh kegiatan skim simpanan kutu ini adalah salah dan tidak dibenarkan di sisi undang-undang.

Tinjauan Shariah

Untuk menentukan hukum Shariah adalah amat mudah dalam hal yang telah diputuskan 'salah' oleh undang-undang negara. Selagi mana peruntukan undang-undang itu tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Al-hadis, ia akan diiktiraf sebagai haram juga di sisi Shariah.

Namun jika anda ingin memahaminya skim kutu ini dari sudut proses dan caranya , sama ada ia diterima oleh Shariah atau tidak. Setakat info yang diberikan dan juga menurut pengetahuan saya berkenaan skim 'kutu' ini, secara dasarnya saya lihat urus aturan 'kutu' ini adalah harus. ( Namun keharusan ini telah dibataskan oleh akta wang kutu di atas tadi)

Ini adalah kerana sebenarnya wang diperolehi oleh seseorang itu hanyalah wangnya sendiri yang terkumpul pada masa akan datang, cumanya keistimewaannya apabila tiba gilirannya maka sebagai ahli dia akan dapat menggunakannya secara 'in advance' disebabkan sumbangan wang dari semua ahli kumpulan. Pembayaran 'In advance' ini dari sudut Islam dilihat sebagai pinjaman tanpa faedah dari semua ahli kumpulan.

Bermakna, setiap bulan semua ahli kumpulan akan menyumbangkan pinjaman yang mana wang pinjamannya itu akan kembali padanya apabila tiba gilirannya.

Namun demi memastikannya halal, perlulah memastikan semua ahli kumpulan boleh dipercayai, dikenali dan membuat aqad bertulis bagi protect kemaslahatan semua. Tanpanya, permainan terdedah kepada penipuan dan gharar.

Bayangkan zaman hari ini, orang yang nampak baik pun liat nak bayar hutang.

Kesimpulannya, skim 'kutu' antara sesama rakan yang dipercayai dalam jumlah yang terhad dan munasabah serta bertulis adalah harus disebabkan ia hanyalah aktiviti pinjam meminjam.

Aktiviti saling memberi pinjam dengan nilai dan jumlah yang sama adalah harus. Antara hujjah saya adalah seperti berikut :-

Pertama : Keharusan kaedah :-
أسلفني وأسلفك

Ertinya : "Kamu pinjamkan kepadaku nescaya aku juga akan meminjamkan kepadamu kelak" (Mawahibul Jalil, Al-Hattab, 4/395)

Menurut mazhab Maliki, konsep ini dianggap makruh apabila ia memberikan manfaat kepada yang pemberi hutang lalu ia haram, tetapi jika manfaat diperolehi oleh peminjam ia adalah harus.

Namun dalam bab ini kedua-dua pihak mendapat manfaat yang sama rata. Justeru ia sewajarnya diharuskan. Inilah yang diperolehi dari skim 'kutu' ini.

Kedua : Tidak termasuk dalam bentuk faedah yang dilarang.

Kebanyakkan ulama berpendapat bahawa tindakan ini adalah harus di sisi Syariah atas sebab ia tidak termasuk dalam pinjaman dengan faedah yang dilarang oleh Shariah. Jumlah dan tempoh pinjaman juga adalah serupa. Ini menjadikannya tiada sebarang lebihan manfaat yang boleh menjadikannya haram.

Manakala syarat untuk memberi pinjam semula tadi, jikapun ia dianggap sebagai satu manfaat namun ia adalah manfaat yang sama kepada dua-dua pihak dan bukan hanya satu pihak yang boleh membawa penindasan. Ia juga boleh dilihat dalam isu ‘Suftajah'. Demikian menurut pendapat Ibn Qudamah, Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim. Malah diperjelaskan lagi oleh Prof. Dr Nazih Hammad (Qadhaya Fiqhiyyah Mu'asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, hlm 230)

Ketiga : Riba diharamkan disebabkan kerana zalim yang berlaku ke atas satu pihak.

Namun di dalam hal ni tiada sebarang kezaliman berlaku kerana kedua-duanya mendapat jumlah, dan tempoh yang sama, cuma di waktu yang berbeza sahaja.

Ibn Qayyim berkata :-

والشارع نهي عن الربا لما فيه من الظلم

Ertinya : "Shariah melarang riba disebabkan kerana kezaliman yang terdapat padanya" ('I'lam al-Muwaqqi'en, 1/386)

Adapun persepakatan dalam pinjaman berbalas dengan jumlah dan tempoh sama ini tiada terkandung di dalamnya sebarang zalim kepada mana-mana pihak. (Qadhaya Fiqhiyyah Mu'asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, hlm 231)

Perihal Cabutan Untuk Menentukan Giliran

Tepat sekali, permainan 'kutu' akan menjadi semakin bersih dan baik jika giliran telah ditentukan dari awal agar semua pihak tidak tertunggu-tunggu.

Namun, setakat pengamatan saya berdasarkan perbincangan para ulama berkenaan asas 'undian' atau disebut dalam bahasa 'Arab sebagai Qur'ah boleh dilakukan apabila semua pihak mempunyai hak yang sama untuk terpilih. Hukumnya adalah harus dan tiada unsur judi di situ. Nabi Muhammad SAW juga pernah mencabut undi untuk melihat siapa dari kalangan isterinya yang akan terpilih untuk bermusafir bersama baginda SAW.

Kesimpulan

Jika dilihat dari sudut proses dan perjalanan skim kutu ini semata-mata, ia adalah harus menurut pandangan Islam, namun diwaktu wujudnya akta rasmi yang melarang. Ia secara rasminya dianggap haram dari sudut hukum Islam atas dasar "kewajiban taat kepada pemerintah dalam hal yang tidak berkait dengan maksiat dan demi kemaslahatan umum yang dilihat oleh pemerintah".

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
25 Mac 2008

PS:

http://www.ssm.com.my/acts/fscommand/ak0028s0013.htm

AKTA 28
AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971


Seksyen 13. Pemansuhan.

Ordinan No. 84 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970 [P.U.(A) 69/71] adalah dengan ini dimansuhkan.
 
haram undang undang malaysia... :)..org kampung biasa main kutu jee...dapat duit beli perabot..beli alat dapur...ape salahnya..asalkan caranya betul..yang bank2 tu ade "bunga"..xke riba tu..pebenda ?!!! SCAMM !
 
Back
Top
Log in Register