BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SEGERA: Presiden Mesir Digulingkan Tentera!

cixent

Banned
Messages
129
Joined
Jun 28, 2013
Messages
129
Reaction score
66
Points
20
morsi-time-to-go-protest-egypt-428x341.jpg


KAHERAH – Angkatan tentera Mesir menggulingkan Presiden Mohamed Morsi lewat Rabu selepas ketegangan yang berlarutan selama seminggu.

Insiden itu menyebabkan kira-kira 50 orang maut ketika berjuta-juta orang membanjiri jalan raya menuntut pemimpin dari parti Islam itu meletak jawatan selepas setahun berkuasa.

Pengumuman itu dibuat menerusi televisyen oleh menteri pertahanan Morsi, Panglima Tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi sambil disambut sorokan di kalangan penunjuk perasaan yang berkhemah di jalan raya selama beberapa hari.

Sisi juga mengumumkan perlembagaan yang dicadangkan oleh parti Islam dibekukan.

Beliau berkata pilihan raya presiden yang baharu akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Jurucakap untuk parti Ikhwan Muslimin, Gehad el-Haddad berkata, Morsi dan 12 pembantunya turut berada di bawah tahanan rumah, tempat beliau tinggal.

Ketua politik Ihwan Muslimin juga ditahan.

Ribuan penunjuk perasaan itu melakukan demonstrasi hampir seminggu kerana tidak berpuas hati dengan pemerintahan Morsi yang didakwa terlalu memberi kuasa kepada parti Ikhwan Muslimin dan gagal menangani masalah ekonomi di negara tersebut.

SUMBER: http://www.cari.gold/2013/07/segera-presiden-mesir-digulingkan.html
 
Kalau kita gulingkan kerajaan terdahulu nanti kerajaan yang kita bina pun akan digulingkan. - Mahathir
 
apa sudah jadi....apa sudah jadi...ambe pun pening....
 
Di antara 'dosa-dosa' Morsi bagi golongan liberal, sekular, syiah, AS, Israel dan yang seangkatan dengannya :

1-Menyokong perjuangan umat Islam di Palestin
2-Mengangkat harga diri Mesir di hadapan dunia Arab dan Islam
2-Menyokong perjuangan umat Islam di Syria, Rohingya dan di seluruh dunia antarabangsa
4-Konsisten solat berjamaah bersama rakyat di mesjid, menghafal al Qur'an, bertahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.
5-Menarik investor luar negara dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.
6-mengembangkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai energi alternatif di Mesir.
7-Mengembangkan terusan Suez menjadi pasar bebas dunia.
 
ikhwanumuslimin dah tak kuat kat sana...mesti amerika sabotaj
 
gembira la geng2 sekular pro-US dan yahudi..
 
mari kita guling-guling kt kt padang.........
kita telah belajar dr sejarah kalau buat mcm ni negara akan selamanya aman.takde pergolakan lg.
 
Back
Top
Log in Register