BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SEGERA: Presiden Mesir Digulingkan Tentera!

ramai orang mesir yg komen dlm ni.. konon2 tau apa yg orang mesir fikir .. good job
 
apa cerita terbaru ?
 
allah tunjuk balasan segera
dulu rampas hak org
 
negara republik......x heran pon...
kan hak sama rata.....
 
Pada pendapat aku - Morsi digulingkan kerana menyokong perjuangan Sunni Syria. Iran dah panas bontot, begitu juga israel. Apabila golongan Sunni mula bangkit melawan - akan berlaku perubahan besar-besaran di timur tengah. Akan bermula kebangkitan Empayar Islam yang baru.

Api sebelum marak hendaklah dipadam dahulu. Memang betul Amerika ada memberi bantuan kepada pihak sunni di Syria - tetapi suam2 kuku. Apabila dilihat Sunni mula menang maka Amerika pun mula memberi bantuan dan kata dua pada Bashar tp still cakap pusing2 mcm mamak.

Kita berbalik ke Mesir- Perkara ini amat ditakuti oleh Israel, Amerika dan Iran. Jadi tindakan segera harus dilakukan. So melalui penganut syiah dan golongan sekular yang memang ramai di Mesir, mereka melakukan pemberontakan. Manakala pihak tentera pula memang x suka Morsi.

Apa yang terjadi selepas ini ialah Mesir akan kembali ke zaman pemerintahan ala Hosni Mubarak apabila Morsi dijatuhkan tetapi dgn cara yg sedikit lain dr cara pemerintahn Mubarak bg mengelakkan kebangkitan rakyat sekali lagi. Perlu diingat semasa kejatuhan Hosni Mubarak dulu, ramai kroni2 dan keluarga kroni2 melarikan diri keluar negara. Mereka hanya menunggu masa sahaja utk kembali. Mereka ada dana yang besar dan boleh merasuah pihak tentera dan polis.
 
MESIR: Puluhan rakyat Mesir dilaporkan terkorban diserang askar dan polis negara itu dalam himpunan dibeberapa buah bandar bagi mempertahan kepimpinan Presiden Morsi.

Insiden tersebut berlaku hanya beberapa jam selepas tentera Mesir mengumumkan rampasan kuasa sekaligus menggulingkan Morsi.

Web Ikhwanonline melaporkan di bandar Iskandariah, sekurang-kurangnya 10 terkorban manakala 200 orang cedera ketika ribuan penyokong Morsi berhimpun di Dataran Sidi Bisyr.

Di Asyut pula, dilaporkan dua orang penyokong Morsi terbunuh manakala 500 yang lain cedera selepas ditembak pasukan keselamatan di hadapan Masjid Omar Makram.

Sementara di Aswan, angka kematian tidak dapat dipastikan namun lebih 100 orang cedera dalam himpunan berhampiran dengan Masjid An-Nasr.

Di Matruh pula dilaporkan seramai 10 orang terkorban apabila polis melepaskan tembakan kepada peserta himpunan yang dihadiri ratusan ribu penyokong Mursi.

Sementara itu, beberapa web pro Morsi melaporkan ratusan waran tangkap dikeluarkan oleh pihak tentera bagi menangkap pemimpin dan anggota kumpulan gerakan Islam Ikhwan Muslimin.

Antara yang dilaporkan telah ditangkap termasuk Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr.Rasyad Bayumi serta Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) sayap politik Ikhwan Muslimin, Dr.Muhammad Sa'ad Katatni.

Menteri Pertahanan, Jeneral Abdul Fatah al-Sisi dalam kenyataannya awal pagi tadi, Presiden Mesir Dr. Muhammad Morsi telah digulingkan oleh tentera Mesir selepas diberi tempoh selama 48 jam untuk memenuhi tuntutan rakyat.

Mereka telah mengumumkan perlantikan Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua interim negara bagi menjalankan urusan negara bagi tempoh peralihan sehingga pilihan raya presiden yang baru.

Morsi tolak rampasan kuasa

Dalam perkembangan berkaitan, Morsi dalam kenyataannya terbaru sejurus pengumuman rampasan kuasa itu menolak tindakan tentera yang membuat rampasan kuasa.

Morsi berkata, beliau masih Presiden Mesir yang sah mengikut saluran demokrasi.

Beliau turut menyeru pasukan keselamatan dan rakyat agar masih berpegang dengan perlembagaan dan tidak patuh kepada rampasan kuasa oleh tentera.

“Bersabarlah kerana kemenangan itu akan tiba, dan Allah telah berfirman ‘adakah kamu rasa kamu akan masuk syurga selagi Allah tidak mengetahui mereka yang berjihad di kalangan kamu dan mereka yang bersabar.” kenyataan Morsi dipetik web ikhwanonline.com.
 
MESIR: Semua saluran media yang menyiarkan siaran langsung himpunan membantah rampasan kuasa dan menyokong Presiden Morsi diarah tutup dan diambil tindakan.

Dilaporkan semua 17 saluran islamik yang menyiarkan suasana bantahan terutama himpunan di Rabaah Abawiyyah sejak beberapa hari lalu ditutup hari ini.

Facebook Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), melaporkan sekatan turut dibuat terhadap agensi berita yang mahu membuat liputan langsung termasuk Al-Jazeera.

"Menyekat siaran langsung al jazeera di Rabaah. Menangkap ketua pejabat siaran langsung al jazeera dan beberapa pemberita antaranya Syariff Mansour dan Muhammad Jamal," laporan itu dipetik.

Selain itu, pihak tentera juga didakwa telah menyekat penerbitan ahkbar FJP serta menutup siaran saluran Misr 25 yang menjadi sumber rujukan perkembangan Mesir oleh masyarakat antarabangsa.

Sementara itu, pihak tentera juga didakwa bertindak merampas semua kamera di tempat persekitaran himpunan Rabaah Adawiyyah.

Mereka juga turut menghalang wartawan daripada membuat liputan kepada penyokong Dr.Muhammad Mursi di kawasan terbabit.

PMRAM juga melaporkan pihak tentera turut menggunakan peluru hidup ke arah penyokong Dr.Muhammad Mursi sehingga ramai yang syahid






**
 
Back
Top
Log in Register