BTC USD 60,698.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Segera mohon peruntukan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpeg


Idris di upacara pecah tanah di STHAM Cheng.​

BANDARAYA MELAKA - Pentadbir sekolah-sekolah diminta segera memohon peruntukan bagi membaik pulih infrastruktur usang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kerajaan negeri akan terus menyokong usaha berkenaan, termasuk dalam membabitkan pelan bangunan dan pengurusan tanah.

"Jika ada tanah-tanah berhampiran sekolah yang boleh dikongsi bersama bagi tujuan pembangunan, kita akan sentiasa memberi galakan.

"Kerajaan negeri memberi peruntukkan RM5.8 juta tahun ini untuk pembangunan sekolah usang yang boleh mengundang bahaya kepada pelajar dan guru-guru.

"Selain itu, kita juga ada peruntukan khusus kepada sekolah-sekolah yang masih belum mempunyai bilik darjah seperti sekolah agama dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Persaraan Pengetua Sekolah Menengah Tun Haji Abdul Malek (STHAM) dan upacara pecah tanah di Padang STHAM di sini, semalam.

Menurut Idris, pembinaan dewan baharu STHAM akan dimulakan bulan hadapan dan ia dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh setahun.

"Kita sudah memilih kontraktor. Insya-Allah bulan depan projek ini akan dijalankan. Dengan pembinaan dewan baharu tersebut ia dapat memenuhi keperluan asas di sekolah ini," katanya.
 
Back
Top
Log in Register