BTC USD 63,314.0 Gold USD 4,343.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sedekah Penyembuh Penyakit

tahajjud

Fun Poster
Messages
281
Joined
Jun 28, 2013
Messages
281
Reaction score
370
Points
31
Sedekah ialah sesuatu yang diberikan kerana mengharapkan pahala dari Allah swt. Menurut Ar-Raghib mengatakan sedekah ialah harta yang dikeluarkan seseorang dengan tujuan ibadah, seperti zakat tetapi pada dasarnya sedekah adalah satu hal yang disyariatkan sebagai sunat manakala zakat adalah wajib.

Diriwayatkan dari Umar ra mengatakan “Amal itu saling berbangga diri antara satu sama lain. Sedekah berkata “Akulah yang terbaik di antara kamu””



Terdapat banyak lagi kelebihan dan keistimewaan sedekah dan diantaranya ialah sebagai penyembuh penyakit, ini bersesuaian dengan hadis dibawah
دَاوُوْا مَرْضَاكُمْ بِالصَّدَقَةِ

“Ubatilah orang yang sakit di antara kamu dengan sedekah.”

(HR. Thabrani dan Baihaqi)



Di zaman moden ini terdapat banyak penyakit yang timbul dan cukup merungsingkan. Sehingga ada penyakit yang tidak ditemui penawar buat masa kini walaupun begitu sebagai orang islam kita boleh ikhtiar untuk merawat penyakit dengan sedekah.



Bukankah penyakit yang menimpa seseorang merupakan ujian dari Allah swt. Rasulullah saw telah bersabda
فِتْنَةُ الرَّجُلِ فِي أَهْلِهِ وَ مَالِهِ وَ نَفْسِهِ وَ وَلَدِهِ وَ جَارِهِ يُكَفِّرُهَا الصِّيَامُ وَالصَّلاَةُ وَالصَّدَقَةُ وَاْلأَمْرُ بِالْمَعْرُوْفِ وَالنَّهْيُ عَنِ الْمُنْكَرِ

“Ujian yang menimpa seseorang pada keluarga, harta, jiwa, dan jiran boleh dihapuskan dengan puasa, solat, sedekah dan amar makruf nahi mungkar”

(HR Bukhari dan Muslim)



Oleh itu bersedekahlah dengan harta yang baik yang dikurniakan oleh Allah swt kerana Allah itu baik dan tidak menerima kecuali yang baik. Ini sesuai dengan Firman Allah swt



“wahai orang beriman nafkahkanlah sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik…” (Surah al-Baqarah :267)



Seterusnya niatkanlah ketika bersedekah iaitu sebagai penyembuh sebagaimana di dalam hadis



“Setiap amal itu tergantung niatnya dan setiap orang mendapatkan sesuai apa yang ia niatkan” (HR Bukhari)



Ikhlas ketika bersedekah merupakan satu tuntutan agar ianya diterima disisi Allah swt. Selain itu pilihlah orang yang betul-betul memerlukannya supaya amalan sedekah sempurna. Itulah diantara adab-adab yang perlu dijaga ketika bersedekah.



Semoga Allah swt menyembuhkan segala penyakit yang dihadapi oleh umat islam dan menambah nikmat kepada orang-orang yang beriman

 
Disebutkan di dalam kitab Shahihut Targhib wat Tarhib 964 M, dari Imam Baihaqi v, bahwa ia berkata, “Ada kisah Syaikh Hakim Abi ‘Abdillah v, bahwa ia memiliki bisul di wajah dan telah diubati dengan berbagai macam ubat, tetapi tidak sembuh. Sudah hampir satu tahun lamanya beliau menanggung bisul tersebut Kemudian ia meminta kepada Ustaz Imam Abu ‘Utsman Ash-Shobuni untuk mendoakannya di majlis beliau pada hari Jumaat. Beliau pun mendoakannya dan diamini oleh orang ramai.

Pada hari Jumaatseterusnya ada seorang wanita yang menyampaikan selembar surat yang mengatakan bahawa sesampainya di rumah, ia kemudian bersungguh-sungguh dalam mendoakan Hakim Abu ‘Abdillah pada malam harinya. Lalu dalam tidurnya, ia bermimpi bertemu dengan Rasulullah yang seakan-akan bersabda kepadanya, “Katakan kepada Abu ‘Abdillah agar menyediakan air bagi kaum muslimin.” Kemudian aku membawa surat tersebut kepada Hakim. Lalu Hakim memerintahkan agar membuat telaga di depan pintu rumahnya. Setelah telaga tersebut selesai dibina, beliau memerintahkan agar memenuhi telaga tersebut dengan air dan kerikil. Orang-orang pun mulai mengambil air tersebut untuk minum. Tidak sampai satu pekan, tanda-tanda kesembuhan telah nampak pada Abu ‘Abdillah. Maka wajahnya telah kembali cantik seperti sedia kala. Setelah peristiwa itu beliau masih hidup selama beberapa tahun
 
Di dalam Siyar A’lamin Nubala’ 8/407 disebutkan bahawa ada seorang laki-laki yang bertanya kepada ‘Abdullah bin Mubarak v tentang luka bernanah (bisul) yang keluar dari lututnya sejak tujuh tahun yang lalu. Ia telah mengubatinya dengan berbagai macam ubat dan banyak bertanya kepada para doktor, tetapi belum sembuh juga. Maka beliau pun menjawab, “Pulanglah, lalu galilah telaga di tempat orang-orang yang memerlukan air. Sesungguhnya aku berharap akan keluar mata air di sana, dan darahmu akan berhenti.” Lelaki itu pun melaksanakan perintah Ibnul Mubarok, maka ia pun sembuh
 
Ada seorang wanita yang tinggal di Arab Saudi bercerita, “Aku menderita penyakit kanser beberapa tahun, dan aku yakin maut telah mendekat. Aku menginfakkan penghasilanku kepada anak-anak yatim. Setiap harta yang aku infakkan kepada mereka, maka Allah membalasku dengan berlipat ganda, dan akhirnya Dia memberikan kesembuhan dari penyakitku, kerana disebabkan infakku kepada anak-anak yatim.
 
Ada seorang wanita yang mandul, ia tak dikurniakan anak. Para doktor telah berputus asa dari kemungkinan ia boleh hamil, dan bahawa penyakit itu memang tidak ada ubatnya. Maka, Allah Ta’ala memberikan taufik kepadanya agar ia bersedekah kepada seorang wanita fakir. Sesudah ia bersedekah kepada wanita itu, ia meminta kepadanya agar mendoakan dirinya dikurniakan anak soleh. Setelah berlalu tiga bulan, wanita itu pun mengandung dua anak kembar!
 
Seorang anak kecil bermain bersama saudaranya, tangannya membawa pisau. Tiba-tiba saja, ia memukulkan pisau tersebut ke mata saudarinya. Dengan cepat saudarinya tersebut dikejarkan ke hospital. Kemudian ia dipindahkan ke Riyadh. Setelah diperiksa dan dibedah, doktor memutuskan bahawa harapan kornea matanya boleh kembali normal amat tipis, sehingga sangat mustahil ia boleh melihat kembali seperti sedia kala.
Suatu hari ibu yang menemani anak perempuannya (yang sedang sakit) tersebut teringat tentang keutamaan sedekah. Maka, ia meminta kepada suaminya agar membawakan batangan emas yang dimilikinya, di mana ia tidak memiliki kekayaan selain barang tersebut. Ia ingin menyedekahkannya, walaupun dalam serba kekurangan. Ia berdoa kepada Allah seraya berucap, “Wahai Rabbku, Engkau tahu bahawa aku tidak memiliki harta selain barang itu, maka jadikanlah sedekahku ini sebagai penawar kesembuhan anak puteriku ini.”

Keesokan harinya doktor datang untuk kembali memeriksa anak tersebut, ternyata perkataan doktor tetap seperti kemarin, anaknya tidak ada harapan sembuh. Beberapa hari kemudian, datang doktor lain dan memeriksanya, ia berfikir dan memperhatikan dengan cermat. Tiba-tiba saja, doktor itu menginstruksikan untuk mengadakan pembedahan. Ternyata pembedahan itu berhasil, semata-mata kerana kurniaan Allah. Alhamdulillah, akhirnya anak perempuan itu boleh kembali ke rumahnya dengan selamat, tanpa ada sedikit pun bekas luka di wajahnya, dan penglihatannya kembali normal seperti sedia kala
 
Ada seorang wanita masuk ruang ICU kerana penyakit parah yang dideritanya. Beberapa muhsinin (orang-orang yang suka berbuat kebaikan) mengetahui keadaannya, maka mereka pun menyembelih seekor unta dan meniatkan pahalanya untuk si wanita tersebut. Setelah itu, mereka mensedekahkan daging unta tersebut kepada para keluarga miskin untuk memenuhi keperluannya dengan mengharap pahala dari Allah. Beberapa hari kemudian, akhirnya Allah memberikan kesembuhan kepada wanita tersebut. Hanya bagi Allahlah segala pujian dan kurnia
 
Syaikh ‘Abdul Hadi Badlah, Imam Masjid Jami’ur Ridhwan di Halab Syiria, pernah bercerita, “Di awal pernikahanku, Allah telah menganugerahkan kepadaku anak yang pertama. Kami sangat bergembira dengan anugerah ini. Akan tetapi, Allah berkehendak menimpakan penyakit yang serius kepada anakku. Pengubatan seakan tak berdaya untuk menyembuhkannya, keadaan sang anak semakin memburuk, dan keadaan kami pun menjadi buruk kerana sangat bersedih memikirkan keadaan buah hati kami dan cahaya mata kami. Kamu tentu tahu, apakah ertinya anak bagi kedua orang tuanya, terutama ia adalah anak yang pertama!!

Perasaan buruk itu menguap-guap di dalam hati, kerana kami merasa tak berdaya memberikan pengubatan bagi penderitaan anak kami!!
Sihatnya kita memang merupakan perintah Allah dan ketentuan-Nya, namun kita memang harus mengambil langkah-langkah pengubatan dan tidak meninggalkan kesempatan atau saranan apa pun untuk mengubatinya.
Seorang yang baik menunjukkan kepada kami adanya seorang doktor yang berpengalaman dan terkenal, maka aku pun pergi bersama anakku kepadanya. Anakku mengeluhkam demam yang sangat tinggi, dan doktor itu berkata kepada kami, “Apabila panas anak ini tidak turun malam ini, maka ia akan meninggal esok hari!!”
Aku kembali bersama anak dengan kegelisahan yang memuncak. Sakit menyerang hatiku, hingga kelopak mataku tak mampu terpejam tidur. Aku pun mengerjakan solat, lalu pergi dengan wajah muram meninggalkan isteriku yang menangis sedih di dekat kepala anakku.

Aku terus berjalan di jalanan, dan tidak tahu apa yang harus aku perbuat untuk anakku!! Tiba-tiba aku teringat dengan sedekah, dan ingat dengan hadits Rasulullah , tatkala beliau bersabda, “ubatilah orang yang sakit di antara kamu dengan sedekah.” Namun, siapa yang akan aku temui di waktu malam seperti ini. Aku boleh saja mengetuk pintu seseorang dan bersedekah kepadanya, tapi apa yang akan ia katakan kepadaku jika aku melakukan hal itu?
Tatkala aku berada dalam keadaan bimbang seperti itu, tiba-tiba ada seekor kucing lapar di kegelapan malam. Aku menjadi ingat dengan sabda Rasulullah, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, “Apakah berbuat baik kepada binatang bagi kami ada pahalanya?” Beliau menjawab, “Di dalam setiap apa yang bernyawa ada pahalanya” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim). Aku pun segera masuk ke rumahku, mengambil sepotong daging, dan memberi makan kucing itu.

Aku menutup pintu belakang rumahku, dan suara pintu itu bercampur dengan suara isteriku yang bertanya, “Apakah engkau telah kembali kepadaku dengan cepat?” Aku pun bergegas menuju ke arahnya. Dan, aku mendapatkan wajah isteriku telah berubah, dari permukaan wajahnya penuh kegembiraan!

Ia berkata, “Sesudah engkau pergi, aku tertidur sebentar masih dalam keadaan duduk. Maka, aku melihat sebuah pemandangan yang menakjubkan!!”
Dalam tidurku, aku melihat diriku mendekap anakku. Tiba-tiba ada seekor burung hitam yang besar dari langit yang terbang hendak menyambar anak kita, untuk mengambilnya dariku. Aku menjadi sangat ketakutan, dan tidak tahu apa yang harus aku perbuat? Tiba-tiba muncul kepadaku seekor kucing yang menyerang secara dahsyat burung itu, dan keduanya pun saling bertempur. Aku tidak melihat kucing itu lebih kuat daripada burung itu, kerana si burung badannya gemuk. Namun akhirnya, burung itu pun pergi menjauh. Aku terbangun mendengar suaramu ketika datang tadi.
Syaikh ‘Abdul Hadi berkata, “Aku tersenyum dan merasa gembira dengan kebaikan ini. Melihat aku tersenyum, isteriku menatap ke arahku dengan hairan.”
Aku berkata kepadanya, “Semoga semuanya menjadi baik.”
Kami bergegas mendekati anak kami. Kami tak tahu siapa yang sampai terlebih dulu, tatkala penyakit demam itu sirna dan sang anak mulai membuka matanya. Dan, pada pagi hari berikutnya, sang anak telah bermain-main bersama anak-anak yang lain di desa ini, alhamdulillah.
Sesudah Syaikh menyebutkan kisah menakjubkan ini, anak tadi -–yang telah menjadi pemuda berumur 17 tahun, serta telah sempurna menghafalkan Al-Quran dan menekuni ilmu syar’i–, ia menyampaikan nasihat yang mendalam kepada kaum muslimin di masjid orang tuanya, Masjid Ar-Ridhwan di Halb, di salah satu malam dari sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan yang penuh berkah
 
Back
Top
Log in Register