BTC USD 82,904.9 Gold USD 4,118.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sedarkah anda???

kursi mereka makin meningkat setiap 5 tahun... bahayaooo 2
 
yg bagi thread ni aku rase dh termakan dgn media kawalan bn. bn dh berjaya 'piling' isu perkauman kt dlm kepala org melayu.. bukan semua yak.
 
kalau PAS bergerak solo maka org melayu totok UMNO akan sokong PAS?
tak mungkin la...
kalau kat tpt aku ni, pemikiran dah diresapi yg PAS itu jahat PAS itu syaitan. mana tak pecah kalau mcm tu.
pasal bendera je pun sampai nak bergaduh sesama Islam...sad but true

mak aku mmg umno..infact pakcik aku mmg org kuat umno..aku dr kecik pun da mmg asuhan umno..tp aku suka menilai..aku akan pilih yg terbaik sbb Allah bg aku aqal..pd aku mmg kalau PAS gerak sndiri akan lebih rmai silent voters yg akan berpusing dan menghadap PAS..
just my 2cent...sbb aku mmg xsuka MCA ngan DAP
 
memang ada tsunami undi cina..tapi bukan 100% pengundi CINA mengundi DAP sahaja

jadi tak boleh nak kelaskan undi CINA terhadap DAP itu satu bentuk racism terhadap Melayu

majoriti cina yang undi DAP adalah dari golongan muda..

sementara yang undi cina tua berbelah bahagi ada juga yang undi DAP ada juga BN

kemenangan DAP banyak dikawasan majoriti penduduk cina..dan kawasan2 bandar..banyak kemenangan one on one lawan wakil BN dari parti MCA dan GERAKAN

kesimpulannya disini, BN kuat hanya disebabkan UMNO dan parti2 di SABAH dan SARAWAK sedangkan MCA dan GERAKAN semakin lemah dan sudah tak relevan lagi untuk menarik minat pengundi CINA untuk mengundi mereka

jadi MCA dan GERAKAN perlukan pembaharuan dalam pentadbiran pimpinan mereka yang sepatutnya dibuat awal ketika tahun 2008 lagi..selepas PRU12..

tapi akibat kedegilan pemimpin tertentu..pembaharuan tidak dapat dilakukan..
 
Last edited:
PAS gerak sorang-sorang mampu tawan kelantan sajalah.

Amik kata-kata dari forum sebelah.

Malaysia barat adalah golongan melayu yang "moderate". Mereka tak makan isu hudud dan lain-lain. Lebih kepada isu pembangunan dan lain-lain.

Malaysia timur(kelantan) lebih kepada religious fanatic(isu-isu moral dan keagamaan, kisah soalt di staidum, tangkap gambar dan lain-lain), jadi PAS adalah pilihan mereka.

Seperti yang kita tahu, MCA dan gerakan dah nak bungkus, sebab orang cina betul-betul mau UBAH! Sebab itu 90% undi swing ke DAP.

Sekarang cuma tunggu undi melayu saja.
Tapi sayang, semua berbalik kepada UMNO/BN. Sebab masih gusar dengan isu rasis yang dimainkan BN terhadap DAP dan keyakinan terhadap PAS yang hanya sekadar isu hudud bukan isu pembangunan, ekonomi dan lain-lain(sebab itu PAS kerusi kurang badingkan dengan parti sahabat lain).

Sebab Malaysia ni negara sekular penuh dengan moderate dari orthodok.

Kalau nak tawan Malaysia ni, YB-yb keamaan bolehlah letak di kelantan, YB-yb moderate letak di barat Malaysia, mungkin bolehlah kut.

Tapi msih lagi sukar dengan trick hitam yang dimainkan oleh BN.

Sebenarnya orang cina lagi kesian, semua pakat undi DAP, tapi PR tak menang.
Dalam MCA berapa kerat je menang kerusi, dan Najib pun tak silap tak akan ada menteri kabinet dari MCA. Jadi orang cina cuma ada YB sajalah.


....................
 
gelang patah tu BN melayu lawan cina kiasu dap. taknak komen pulak?

Yang Ghani tu menggatal nak lawan kat tempat Kit Siang apahal?

Itu tempat majoriti Cina.

Peratus pengundi Cina kat situ 51%.
 
"Tengok, DAP menang besar. PAS kalah banyak kerusi. Konspirasi orang Cina."

?

DAP bertanding di tempat orang Cina. Orang Cina mengundi DAP. DAP menang.

PAS bertanding di kawasan Melayu. Melayu tidak undi PAS. PAS kalah.

Apa yang konspirasinya?

Lainlah ada bukti pengundi Cina cuma undi DAP sahaja dan tidak undi PAS dan PKR. Sekiranya ada, menarik.

Setakat data sedia, sekiranya tuan puan yang Melayu tidak undi BN dan lain-lain, tetapi ikut mengundi PAS, PAS menanglah. Undi tuan puanlah yang mengubah.

Jadi, pasai apa salahkan orang Cina?



-kopipes-


Itulah pasal, benda simple budak darjah 1 ini pun org x boleh nak fikir.

Asyik prejudis dan paranoid entah apa-apa dengan cina.

Diorang undi DAP/PR sbab 90% orang cina mahu UBAH!
Sekarang cuma tunggu undi orang melayu sahaja untuk undi PAS/PKR.
Tapi semua berbalik kepada UMNO/BN.
 
ada ke cina undi pas????melayu yang undi dap walaupun pembangkang..*****hhhh gile

ada...

pakcik aku bertanding jadi calon pas. dia menang.

mustahil cina tak undi dia. kalau tak ada undi cina dia tak boleh menang.

in fact cina-cina yang buat grassroot campaign untuk dia.
 
Back
Top
Log in Register