BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sedar diri, Aniq Suhair tolak tawaran ke Indonesia

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

Sedar diri, Aniq Suhair tolak tawaran ke Indonesia​

aniq-suhair-3.jpg

TIADA bakat dalam nyanyian, Aniq Suhair terpaksa melepaskan tawaran mengembangkan karier seni di Indonesia. - ISKANDAR ISHAK

Sedar diri, Aniq Suhair tolak tawaran ke Indonesia
PETALING JAYA – Sedar tiada ‘suara’, pelakon Aniq Suhair menolak tawaran seorang komposer dan penerbit dari Indonesia yang menawarkan kontrak rakaman dengan syarat dia tinggal di negara itu sehingga projek lagu disempurnakan.

Aniq atau nama sebenarnya, Muhammad Aniq Suhair Mohd. Salleh, 26, berkata, tiada bakat dalam nyanyian juga menjadi antara faktor yang membuatkannya terpaksa menolak peluang keemasan tersebut.

“Memang ada tawaran daripada komposer Indonesia. Dia kata kalau saya mahu lebarkan sayap ke Indonesia saya kena menyanyi, bukannya berlakon.

“Masalahnya, kekurangan saya adalah dari segi vokal. Saya akui tiada bakat menyanyi, jujur cakap saya memang tiada suara. Jadi saya lepaskan tawaran itu.

“Ikutkan ada juga rasa rugi sebab bukan senang dapat peluang sebegitu. Cuma kena berlapang dada dan sedar diri,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menurut pelakon filem Bisikan Nafsu itu, individu sama juga kembali mengajukan pelawaan agar dia belajar vokal serta menetap di Jakarta dalam tempoh beberapa bulan.

Begitupun, sekali lagi Aniq mengakui terpaksa menolak dengan baik memandangkan tempoh diambil akan menjejaskan jadual kerjanya.

“Menarik juga tawaran itu kerana saya boleh belajar banyak perkara bukan hanya dari segi vokal, malah dapat juga kembangkan bakat.

“Tetapi untuk menetap tiga hingga empat bulan di sana, bermakna saya tidak boleh ambil tawaran kerja lain dan hanya fokus terhadap nyanyian.

“Jadi saya rasa tidak mengapalah. Saya lepaskan juga peluang ini kerana pada masa sama saya terikat dengan filem Bisikan Nafsu,” ujarnya.

Mengenai filem pertamanya, Bisikan Nafsu, Aniq yang memegang watak utama mengakui naskhah terbitan Hello Productions itu mencabar kerana menuntutnya melakukan beberapa babak aksi termasuk terjun dari bukit bagi menyelamatkan gandingannya, Azeva.

“Babak menyelamatkan Nadia lakonan Azeva daripada cubaan terjun ke dalam air menuntut saya menjalani penggambaran bawah air buat pertama kalinya.

“Memang mencabar sebab saya kena berenang dan tahan nafas. Kami menjalani penggambaran dalam kolam renang dan ada tangki oksigen, cuma tidaklah sampai lemas,” katanya.

Filem terbitan syarikat milik penyanyi dan pelakon, Azeva yang menjalani penggambaran pada hujung Disember 2025 dijadualkan menemui penonton pada 1 Oktober depan. – HIBGLAM
==============================
Haa Aniq, baik la sedar diri awal2 sebelum buat something yg boleh jadi bahan netizen. Btol la, menyanyi bukan utk semua org. Tapi respect jugak la for being honest pasal xde bakat tu. Btw, tengok latest IG dia, semua chill je, mungkin dia pun rasa betul2 happy dgn choice dia sekarang.

 
Back
Top
Log in Register