BTC USD 63,425.3 Gold USD 4,334.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

sedap punya pasal,tsangkut d balkoni

roBUST

Legendary Member
gem
Messages
12,406
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
GEORGETOWN: Cubaan seorang lelaki meloloskan diri melalui balkoni sebuah pangsapuri di tingkat tiga bagi mengelak dicekup pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), mengundang padah apabila dia tersangkut sehingga terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta polis untuk menyelamatkannya.

Lelaki berusia 30-an dan dipercayai sudah berkahwin serta mempunyai anak cuba melarikan diri melalui balkoni pangsapuri di Jalan Tuna, Seberang Jaya, awal pagi kelmarin bagi mengelak dicekup kerana disyaki berkhalwat bersama teman wanitanya.

Namun, tindakan itu mengundang padah apabila dia tersangkut di bumbung rumah jirannya di tingkat dua dalam cubaan melarikan diri ditahan.


Penolong Unit Operasi JHEAIPP, Ibrahim Md Jaki, berkata lelaki itu dipercayai menjalin hubungan sulit dengan teman wanitanya yang tinggal di sebuah unit pangsapuri sejak beberapa bulan lalu tetapi bagi mengaburi mata jiran, mereka meletakkan papan tanda rumah untuk di sewa di pintu rumah berkenaan.


“Dalam serbuan kira-kira jam 3.30 pagi itu, sepasukan pegawai penguat kuasa JHEAIPP yang memeriksa pangsapuri itu mengetuk pintu beberapa kali tetapi tidak mendapat kerjasama.


“Kami menunggu hampir sejam sebelum memecah masuk menggunakan alat pemotong besi,” katanya.


Menurutnya, ketika memeriksa rumah itu, pegawainya terlihat jari kaki di bawah pintu dan selepas pintu ditarik, mereka menemui seorang wanita bersembunyi di belakangnya.


“Selepas itu, kami menemui seorang lelaki yang bergayut di belakang balkoni dipercayai tersangkut pada bumbung rumah jiran di tingkat dua dalam cubaan untuk lari melalui balkoni rumahnya.


“Cubaan menarik lelaki itu masuk ke rumah gagal kerana badannya bersaiz besar sehingga kami terpaksa meminta bantuan polis dan bomba,” katanya.:eek:

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan gagal membuktikan sebarang dokumen pernikahan yang sah dan mengaku masih belum berkahwin.


Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Bandar Perda, Bukit Mertajam untuk dibuat laporan tangkapan dan disiasat mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat.


Sementara itu, Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan pasangan itu dibawa ke Pejabat JHEAIPP untuk diambil keterangan sebelum dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Bukit Mertajam untuk perintah ikat jamin.


“Bagaimanapun, pasangan itu gagal membayar wang jaminan RM2,500 setiap seorang yang ditetapkan dan ditahan di Penjara Pulau Pinang sehingga 3 Mac depan sebelum dihadapkan ke mahkamah untuk didakwa,” katanya.
 
Last edited:
JHEAIPP panjangnyer nama jabatan ni susah nak nyebutnye haha
 
oklah tu tersangkut..kalau terjatuh tak sempat nak taubat hahaha...
 
kebo do han yang tidak di rancang...haha
 
boroi sgt ker..
 
Back
Top
Log in Register