hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,513
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,513
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
PEKERJA WARGA NEPAL DIDAKWA HINA ISLAM, SYARIKAT BUAT LAPORAN POLIS DAN AMBIL TINDAKAN
Tular di media sosial sebuah video daripada seorang individu yang didakwa warga Nepal dan dikatakan mengeluarkan kenyataan menghina Islam. Video berkenaan mencetuskan kemarahan ramai selepas kandungannya tersebar di platform media sosial.
Individu terbabit dipercayai bekerja dengan sebuah syarikat keselamatan, Mitraforce (M) Sdn Bhd. Susulan isu tersebut, pihak syarikat memaklumkan bahawa mereka telah membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang dan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
Dalam kenyataan yang dikongsikan, syarikat berkenaan menegaskan kenyataan individu tersebut dibuat atas kapasiti peribadi dan bukan pendirian rasmi syarikat. Pihak syarikat turut menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan membatalkan permit kerja individu berkenaan serta menguruskan penghantarannya pulang ke negara asal mengikut prosedur pihak berkuasa.
Sementara itu, tindakan dan siasatan lanjut terhadap individu terbabit adalah tertakluk kepada pihak berkuasa.