BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Secure2U Hanya Melalui Aplikasi MAE Bermula 1 Oktober, Tiada Lagi Di M2U

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Maybank kini pengguna, dimana semua pengaktifan baharu untuk Secure2U akan hanya boleh dilakukan melalui aplikasi MAE sahaja, bermula 1 Oktober 2022 kelak, dan tidak lagi boleh dilakukan melalui aplikasi M2U MY.

Secure2U adalah ciri yang disediakan pihak Maybank dalam melakukan pengesahan sesuatu transaksi – menggantikan penggunaan SMS TAC sebelum ini. Untuk mula menggunakannya, pengguna perlu mengaktifkan penggunaan Secure2U pada peranti mereka – dan seterusnya menggunakan ia dalam melakukan pengesahan transaksi.

Maybank2U-Secure2U-950x950.jpeg.webp


Sekiranya anda sedia melakukan pengaktifan pada peranti anda menggunakan M2U MY, maka anda boleh kekal menggunakan ciri mengesahkan transaksi seperti biasa. Perubahan ini hanya untuk pengaktifan pada peranti baharu sahaja. Disamping itu, bermula 8 Oktober 2022 juga, pengaktifan Secure2U akan mengambil tempoh selama 12 jam sebelum diaktifkan pada peranti berbeza.

 
.......................................................
gi ATMpakai PIN .. settle, takkan xmampu smartphone "Entry-Level" .. VIVO Y11 saya pun model 3 tahun lepas sokong v8 (a.k.a ARM64) boleh dapat bawah RM200 .. tapi jangan ambil yang "ROOTED" punya
pakai pin je la tuan.... 🤭,
 
Lebih Banyak Transaksi Di Aplikasi MAE Perlu Pengesahan Secure2u Bermula 14 Mac

Maybank kini memaklumkan lebih banyak transaksi akan memerlukan pengesahan Secure2u pada aplikasi MAE, berkuat kuasa 14 Mac 2023. Menurut Maybank, langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya untuk meningkatkan tahap keselamatan perbankan dalam talian. Berkuat kuasa 14 Mac 2023, berikut merupakan transaksi yang memerlukan pengesahan Secure2u;

Tetapan (Settings)

  • Kemas kini alamat pada bahagian Maklumat Perhubungan
  • Kemas kini alamat e-mel pada bahagian Maklumat Perhubungan
  • Kemas kini nombor telefon pada bahagian Maklumat Perhubungan
  • Tukar/Tetapkan Soalan Keselamatan

Simpanan Tetap (Fixed Deposit)

  • Tambah Simpanan Tetap
  • Urus Simpanan Tetap

Tabung Haji

  • Edit 'Favourite' Pemindahan Tabung Haji Pihak Ketiga
  • Padam 'Favourite' Pemindahan Tabung Haji Pihak Ketiga

Pembayaran & Pemindahan

  • Pembayaran secara one-off kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)
  • Pembayaran secara one-off kepada Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK)
  • Pembayaran secara one-off kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Pemindahan Luar Negara

  • Edit 'Favourite' Pemindahan Dana Luar Negara

Kad Kredit

  • Aktifkan Kad Kredit
  • Tukar/Tetapkan Pin Kad Kredit
  • Mohon Pindahan Baki/-i
Dalam pada itu, Maybank menjelaskan sekiranya pengguna masih menggunakan Secure2u pada aplikasi M2U MY, transaksi masih boleh disahkan seperti biasa.
mae-secure2u-768x432.png

Sumber asal
Maybank
 
Back
Top
Log in Register