Hampir semua perkara harian kita pun terdedah pada risiko, kalau kita berjalan kaki, ada risiko kena ragut, ada risiko kena langgar lari. Kita makan ikan bakar, ada risiko tercekik tulang, ada risiko ikan tak cukup masak. kita bekerja makan gaji, ada risiko dibuang kerja, ada risiko syarikat muflis. Oleh itu kurangkan risiko ke tahap minimum. Antara cadangan saya ialah pastikan kita tidak dibayangi masalah seperti berhutang di luar kemampuan, atau kita akan kehilangan nikmat tidur lena waktu malam. Pelbagaikan pelaburan anda. Jangan letak semua telur dalam satu bakul.