BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SD Guthrie Perkukuh Sokongan Pendidikan Menerusi Program Sekolah Angkat MADANI

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,877
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,877
Reaction score
290
Points
146
f10a263b150488b9dcbc696ea7bc3913698195bf624ce

346e3a02c40da67429a439bced83481d698195dc32025

Pengarah Urusan Kumpulan SD Guthrie, Mohd Haris Mohd Arshad, mengambil bahagian dalam aktiviti bersama guru dan murid semasa lawatannya ke SK Seri Pinang di Sungai Petani, Kedah.

SD Guthrie Berhad terus memperkukuh komitmen dalam pembangunan pendidikan komuniti ladang menerusi Program Sekolah Angkat MADANI, yang kini memberi manfaat kepada 3,699 pelajar dan 385 guru di 15 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

Guthrie menerusi kenyataan memaklumkan sekolah berkenaan terletak di dalam serta berhampiran kawasan operasinya, dengan sokongan dilaksanakan melalui pendekatan holistik yang melangkaui pencapaian akademik semata-mata.

Menurut kenyataan itu, bagi pelajar di sekolah sekitar kawasan perladangan proses pembelajaran tidak hanya ditentukan oleh silibus dan jadual waktu tetapi turut dipengaruhi kualiti kemudahan, keselamatan persekitaran serta sokongan menyeluruh yang membolehkan potensi mereka digilap secara optimum.

Ketua Pegawai Sumber Manusia Guthrie Shahrizan Aini Shamsul Khalil berkata pendidikan merupakan pemacu penting mobiliti sosial dan memerlukan pendekatan menyeluruh bagi membawa perubahan jangka panjang.

“Pendidikan boleh mengubah kehidupan. Di Guthrie, kami menekankan pendekatan holistik dalam menyokong sekolah dan komuniti di sekitar operasi kami supaya sumbangan yang diberikan mampu membawa perubahan yang bermakna bukan sahaja untuk hari ini, tetapi juga untuk jangka masa panjang,” katanya dalam kenyataan itu.

Program Sekolah Angkat MADANI merupakan inisiatif kerajaan yang menggalakkan kerjasama strategik antara sekolah, agensi awam dan sektor korporat bagi merapatkan jurang pendidikan, khususnya dalam kalangan komuniti yang memerlukan sokongan tambahan.

Menurut Guthrie sokongan yang disalurkan merangkumi pemodenan bilik darjah melalui penyediaan papan pintar, komputer riba, peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta bahan literasi dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi memperluas akses pembelajaran digital kepada pelajar.

Usaha berkenaan membuka ruang kepada kaedah pembelajaran digital yang lebih interaktif dan inklusif.

Kenyataan itu memaklumkan antara inisiatif yang menunjukkan kesan ketara ialah pelaksanaan Program Genius Readers di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (Tamil) Pulau Carey Timur, Selangor, yang menggalakkan amalan pembacaan harian secara konsisten.

 
Back
Top
Log in Register