zack2terer
Legendary Member

- Messages
- 13,627
- Joined
- Dec 11, 2007
- Messages
- 13,627
- Reaction score
- 193
- Points
- 123
Scomi dapat kontrak Prasarana
Oleh FAIRUS KASSIM
[email protected]
Shah Hakim Zain (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Pengarah Urusan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar sambil diperhatikan Kong Cho Ha (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian antara Prasarana dengan Scomi di Kuala Lumpur, semalam.
PETALING JAYA 30 Nov. – Scomi Rail Bhd. (Scomi) akan membekalkan 12 set tren dan menaik taraf stesen monorel aliran Kuala Lumpur bernilai RM494 juta.
Pembekalan 12 set tren yang mengandungi empat gerabak setiap satu itu adalah bagi menggantikan 12 set tren sedia ada yang dilengkapi masing-masing dengan dua gerabak.
Selain itu, Scomi juga akan membangunkan sistem Elektrikal dan Mekanikal (E&M) dan membina depot baharu.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Scomi, Shah Hakim Zain berkata, skop kerja Scomi meliputi mereka, membina dan memantau projek ini.
Bagaimanapun, menurut beliau, terdapat cabaran dalam usaha mereka set tren dengan kapasiti yang lebih besar memandangkan landasan sedia ada hanya mampu menampung gerabak sepanjang 13 meter.
“Purata panjang gerabak baharu adalah 11.1 meter dan bagi meningkatkan kapasiti rekaan dalaman, lebarnya perlu dipertingkatkan daripada set lama,’’ katanya.
Beliau menyatakan demikian selepas majlis menandatangani perjanjian antara Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana) dan Scomi di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Prasarana, Tan Sri Ismail Adam dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Menurut Shah Hakim penggantian set tren itu akan dilakukan secara berperingkat dan set pertama dijangka diterima pada November 2012.
Tambah beliau, set baharu tersebut mempunyai kapasiti 122 penumpang berbanding 107 penumpang sebelum ini, sekali gus mampu membawa 360,000 penumpang sehari dengan kekerapan perjalanan berselang empat minit.
Walaupun mempunyai empat gerabak, set baharu yang berharga RM5.5 juta sebuah itu hanya 70 sentimeter lebih panjang daripada set sedia ada dan ia mampu bergerak selaju 90 kilometer sejam (km/j) berbanding 70 km/j sebelum ini.
Sementara itu, Cho Ha berkata, proses penyerahan set tren baharu tersebut dijangka selesai pada 31 Julai 2013 manakala proses menaik taraf stesen akan selesai pada akhir Jun 2012.
“Ketika ini monorel Kuala Lumpur sudah mencapai 35 peratus kapasiti operasinya dan dijangka meningkat kepada 85 peratus dalam tempoh lima tahun. Oleh itu persediaan awal perlu dilakukan dari sekarang.
“Kami merancang meningkatkan sekali ganda kapasiti sedia ada bagi memastikan sistem pengangkutan terus berkesan pada masa depan,” katanya.
Sumber