Memang betul. Tapi aku hairan dengan orang Melayu kita ni. Mudah layu dengan temberang penipu MLM ni.
Dah lah tak pandai business tapi bila orang yang dah bertahun dalam business komen apa yang tak kena
dengan business MLM yang dorang masuk, melenting macam nak gila.
Kita bukanlah nak peleceh dari semua segi tapi cuma nak highlight kan perkara-perkara yang meragukan. Tapi mereka cari
berbagai alasan untuk menutup kelemahan yang kita tonjolkan.
Kan baik guna akal fikiran yang waras dan cuba berkeadaan neutral dan nilai fakta yang di berikan dan
balas dengan fakta. Kalau nak berhujah dengan alasan orang lain dapat, orang lain boleh, bos syarikat banyak
anak syarikat, plan business itu ini, dan berbagai lagi hujah, itu menujukan diri sendiri tidak matang, tak tahu apa dia business.
Pemikiran apa macam ni?