BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Scammer' berang dapat 5 sen sahaja

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661

22322rosman1_1647916494.jpg





Slim River: Seorang guru dimaki dengan perkataan 'babi' dipercayai dilakukan oleh 'scammer' (penipu) yang berang selepas gagal memerangkapnya untuk mendapatkan wang seperti diminta menerusi Telegram, baru-baru ini.

Beliau yang mahu dikenali Ahmad, 52, berkata, sebelum itu, beliau dihubungi seseorang yang menghantar mesej menggunakan indentiti rakan untuk meminjam wang sebanyak RM1,000.

Menurutnya, beliau bernasib baik kerana sudah menyedari bahawa mesej itu bukanlah daripada rakannnya.

"Apabila saya sedar telefon rakan saya telah digodam oleh scammer lalu saya mengiyakan permintaan scammer terbabit.

"Kebetulan saya berada di pekan ketika itu dan terus ke bank memasukkan sejumlah wang sebanyak lima sen sahaja dan kemudian ambil gambar slip bank serta hantar kepada scammer terbabit," katanya ketika ditemui, dekat sini.

Ahmad berkata, selepas beliau menghantar gambar slip bank berkenaan lantas scammer terbabit memakinya dan terus menamatkan perbualan.

Katanya, scammer berkenaan mungkin terlalu marah kerana terasa dipermainkan oleh beliau dan tidak menerima jumlah wang yang sepatutnya.

"Memang licik sindiket penipuan ini iaitu dengan menggunakan identiti orang yang kita kenali untuk meminjam wang dan berjanji akan memulangkan kembali pada keesokan harinya.

"Kalau kita terpedaya atau tidak berfikir panjang maka sudah tentu kita akan memasukkan sejumlah wang yang diminta ke dalam akaun individu terbabit yang mungkin menjadi kaldai akaun," katanya.

Beliau berkata, bukan beliau sahaja yang cuba ditipu oleh sindiket terbabit malah rakan sekerjanya juga menerima mesej dipercayai individu sama untuk meminjam wang tetapi memberikan nombor akaun berbeza
 
kaya scammer, hari2 dapat pau 5 sen, seminggu dan 35 sen. setahun je dapat berjuta2 lemon
 
Kena bijak.

Sehari dapat 100 mangsa.

5 sen darab 100, dah 50 sen sehari.

Setahun dah rm138. main nombor ekor, dapat rm400,000 first prize.
Tu pun klu betul2 luck, scam 100org, 100 org bg duit lepas tu tikam ekor terus kena no 1, baik tanya dia bila kiamat 🤣🤣
 
Tu pun klu betul2 luck, scam 100org, 100 org bg duit lepas tu tikam ekor terus kena no 1, baik tanya dia bila kiamat 🤣🤣

tak payah tanya bila kiamat, tanya ada tuhan tak? agak terkelu lidah je, kasi hentak sampai lunyai sampai nazak, pastu tanya balik "lu ada tuhan tak?" agak2 takde jawapan, bagi final hentakan utk mengirimnya ke alam barzakh.

pastikan dah nak nazak la, baru tanya. sebab org dah nazak ini selalu suara agak tersekat. jadi, memang takkan ada jawapan.

scammer ini darahnya halal disembelih, sebab golongan munafik
 
tak payah tanya bila kiamat, tanya ada tuhan tak? agak terkelu lidah je, kasi hentak sampai lunyai sampai nazak, pastu tanya balik "lu ada tuhan tak?" agak2 takde jawapan, bagi final hentakan utk mengirimnya ke alam barzakh.

pastikan dah nak nazak la, baru tanya. sebab org dah nazak ini selalu suara agak tersekat. jadi, memang takkan ada jawapan.

scammer ini darahnya halal disembelih, sebab golongan munafik
Tu la tn, ptt gunakan kurniaanNya u cr rezeki yg halal
 
scammer ni full time scammer mcm2 lagi dia buat. hidup dia dengan scam org. cth dia nk bl spender dia online harga rm50. dia amik no acc seller tu . kemudian dia scam org amik gambar jual apa jadah jual dron harga tak munasabah rm50 guna no acc penjual spender. orang pun tranfer duit ke dalam acc penjual spender utk beli dron yg scammer iklan. lepas tu scammer ni guna butiran bank yg org tranfer rm50 nk bl konon dron yg dia jual tu dia bagi butiran tu sbgi bukti kpd penjual spender konon dia yg tranfer utk beli spender. penjual spender tu send la spender dekat scammer tu. scammer tu dpt spender free. yg jadi kes nanti pembeli dron report kata scam yg kena penjual spender tu nanti. penjual spender tu tatau apa dia pun hantar bnyk spender kepada pembeli dia pun apa tatau dn jd mangsa konon dia yg scam pembeli drom tu..........................................



ni scammer cth nk beli barang polish kereta dia menymr jd penjual brg tu


lepas tu dia nk putih muka dia ,
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register