BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sayu hati 3 beradik

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
Oleh Mary Victoria Dass
[email protected]
JOHOR BAHRU: Sejak tiga tahun lalu, Aidilfitri sentiasa dinanti dengan penuh harapan dan debaran oleh tiga beradik untuk bertemu semula dengan ibu tersayang sekali gus menyambut hari bahagia itu dalam suasana penuh ceria seperti insan lain.

Tiga beradik terbabit yang kini mendapat perlindungan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mangsa pengabaian ibu bapa sendiri yang menjejaki insan sepatutnya membawa mereka lahir ke dunia ini demi masa depan lebih baik.

Namun, selepas tiga Ramadan dan tiga Syawal mereka tempuhi, kelibat ibu menjemput mereka pulang masih tidak kelihatan.

Muhammad Azizul, 9; Muhammad Amirul Hisham, 8, dan Muhammad Nazrul Azri, 7, terputus hubungan dengan keluarga tersayang apabila ditinggalkan oleh ibu kandung mereka di perkarangan Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 2006.

Pegawai JKM Johor Bahru, Mohd Faizal Abu Bakar, berkata hingga kini, ibu kanak-kanak malang itu tidak pernah mengunjungi mereka sejak dari saat itu sekaligus menyebabkan tiga beradik itu kini berada dalam jagaan pihak JKM.

“Setiap kali Aidilfitri, Azizul dan adiknya kelihatan sayu kerana mungkin mengenangkan pengalaman manis bersama ibu bapa mereka.

“Mereka mungkin sudah biasa meraikan Aidilfitri dalam keadaan meriah bersama keluarga sebelum ini, tetapi sejak tiga tahun lalu suasana hari raya mereka jauh berbeza kerana terpaksa menyambutnya bersama penghuni yang senasib dengan mereka,” katanya.

Menurut Faizal, perintah mahkamah bagi menempatkan kanak-kanak berkenaan di bawah jagaan jabatan berkenaan sudah tamat pada 26 Julai 2006, namun tiga bersaudara itu tidak ke mana-mana kerana tiada waris tampil mengambil mereka.

Katanya, sebelum satu perintah mahkamah diperolehi untuk menempatkan kanak-kanak itu semula di bawah jagaan jabatan berkenaan, proses mengesan waris atau ibu kandung diperlukan bagi membuktikan kanak-kanak itu ada waris.

“Oleh itu, kami masih menjalankan usaha mengesan ibu mereka memandangkan kebenaran diperolehi daripada mahkamah pada 5 Ogos lalu mengikut seksyen 15 (3) Akta Kanak-kanak 2001.

“Kami berharap ibu tiga beradik itu menghubungi JKM bagi membincangkan masa depan kanak-kanak berkenaan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu mahupun waris kanak-kanak berkenaan diminta menghubungi talian 07-2232606 atau talian 07-2232607.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Mutakhir/20090904065038/Article/index_html
 
mana la ibu diaorg pegi...
 
apa lah ke***** sangat mak pak derang ni... hangin akuu
 
Back
Top
Log in Register